FacebookInstagramTwitterContact

 

Brunei International Wushu Championship, Afternoon           >>           Brunei International Wushu Championship, Morning           >>           Hibiscus Tea Improves Blood Flow, Reduces Risk Of Cardiovascular Disease           >>           Beer Brewed To Music And A Crystal Castle — How To Have An A-List Getaway In Byron Bay           >>           Sleep Is Good For Your Heart, Reduces Risk Of CVD, According To Study           >>           Black Nightshade Reduces Growth Of Cancerous Tumors           >>           You Won't Be Able To Unsee Ryan Gosling's La La Land Confession           >>           Kate Middleton And Prince William’s Designer Friend Says They’re “Going Through Hell”           >>           Eta Aquarid Meteor Shower Peak Could Spawn Over 100 'Shooting Stars' Per Hour This Weekend           >>           Nintendo blitzes GitHub with over 8,000 emulator-related DMCA takedowns           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Seorang Individu Dikenakan Denda Kompaun


 


 August 16th, 2023  |  07:55 AM  |   75 views

BELAIT

 

Unit Penguatkuasaan, Jabatan Daerah Belait (JDB) mengadakan pemantauan harian di beberapa kawasan di bawah kawalan JDB pada Khamis, 27 Julai 2023 lalu.

 

Semasa operasi pemantauan berkenaan, Unit Penguatkuasaan, JDB mengeluarkan satu denda kompaun ke atas seorang individu berjumlah BND100 kerana didapati menyalahi di bawah Akta Kesalahan-kesalahan Rampaian, 2021 (Penggal 30), Bab 12 (1), Kesalahan Bab 12 (1) (a), iaitu meletakkan; melonggok atau mencampakkan sebarang debu; habuk; kertas; abu; bangkai binatang; sampah; kotak; tong; karung atau barang lain di sebarang tempat awam.

 

Individu terbabit telah pun menjelaskan denda kompaun berkenaan sebanyak BND100 dan jika gagal menjelaskan pembayaran, individu berkenaan boleh didakwa ke mahkamah.

 

Unit Penguatkuasaan, JDB sekali lagi memberi peringatan bagi kesalahan-kesalahan berkaitan dengan pembuangan sampah di tempat awam, iaitu mana-mana individu yang melakukan kesalahan di bawah bab berkenaan, jika sabit kesalahan, boleh dikenakan hukuman denda tidak kurang daripada BND1,000 dan tidak melebihi BND3,000 bagi kesalahan pertama dan bagi kesalahan kedua atau berikutnya boleh dikenakan denda tidak kurang daripada BND3,000 dan tidak melebihi BND9,000, dihukum penjara bagi suatu tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali.

 

Manakala, badan-badan korporat yang melakukan kesalahan pertama di bawah bab berkenaan boleh dikenakan hukuman denda tidak kurang daripada BND2,000 dan tidak melebihi BND10,000 dan bagi kesalahan kedua atau berikutnya boleh dikenakan denda tidak kurang daripada BND10,000 dan tidak melebihi BND30,000, dihukum penjara bagi suatu tempoh tidak melebihi 12 bulan atau kedua-duanya sekali.

 

Operasi pemantauan harian berkenaan adalah bertujuan bagi memastikan kebersihan persekitaran agar lebih terjaga dan mana-mana individu atau syarikat yang melakukan pembuangan sampah secara tidak bertanggungjawab akan dikenakan tindakan mengikut undang-undang yang disediakan.

 

Unit Penguatkuasaan, JDB akan sentiasa memberi peringatan kepada mana-mana individu ataupun badan-badan korporat agar mematuhi segala peraturan dan undang-undang yang berkuat kuasa di negara ini bagi sama-sama menjaga kebersihan kawasan dan alam sekitar dengan membuang bahan-bahan buangan di kawasan yang disediakan oleh pihak kerajaan Negara Brunei Darussalam.

 

Sebarang aduan bolehlah menghubungi di talian +673 3334335 Ext/sambungan 1404 atau 1153 (Unit Penguatkuasaan).

 

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Myanmar Stops Men From Working Abroad As War Intensifies

 2024-05-04 00:38:42

Have The Wheels Come Off For Tesla?

 2024-05-04 07:51:07