Home > Bahasa Melayu
Mahasiswa UNISSA Sertai I-Fest 2023 Edisi Ke-2
August 16th, 2023 | 08:07 AM | 85 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Seramai enam Mahasiswa-mahasiswi Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) diiringi oleh Pegawai Pengiring, Awang Haji Muhammad Danish Iqbal bin Haji Ariffin telah menyertai Festival Kesenian Islam 2023 (i-fest2023) Edisi Ke-2 anjuran Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak dan Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, baru-baru ini.
Festival Edisi Ke-2 yang diadakan pada 7 Ogos hingga 12 Ogos itu bertujuan untuk mengetengahkan kesenian Islam kepada masyarakat Islam dan bukan Islam.
Selain itu juga, ia juga untuk menggalakkan masyarakat terutamanya golongan belia untuk terlibat dalam aktiviti yang sihat dan seterusnya membentuk peribadi diri yang lebih baik.
Dengan adanya ruang dan peluang ini masyarakat boleh menonjolkan bakat yang ada pada diri melalui penglibatan dalam pertandingan yang akan diadakan di sepanjang festival berkenaan.
Antara pertandingan-pertandingan yang disertai oleh Mahasiswa-mahasiswi UNISSA ialah pertandingan Seni Khat, Tilawah Al-Quran, Memanah dan Syarahan Agama.
Semasa festival tersebut, Dayang Nur Amal Atiqah @ Aida binti Haji Sudirman telah dinobatkan sebagai johan pertandingan Tilawah Al-Quran Perempuan. Manakala, Awang Abdul Haziq Syarafuddin bin Abdul Habib telah dinobatkan sebagai naib johan pertandingan Tilawah Al-Quran Lelaki.
Manakala, Awang Muhammad Abdul Hakim bin Mohamad Asnan dan Dayang Norain binti Haji A. Armin, masing-masing dinobatkan sebagai naib johan bagi pertandingan Seni Khat dan pertandingan Syarahan Agama.
Festival tersebut juga turut disertai oleh pelajar-pelajar dari sekolah-sekolah rendah, menengah dan Institut Pengajian Tinggi (IPT) seluruh Malaysia.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]