Home > Bahasa Melayu
Riadah Berbasikal Keputeraan Dinantikan Seluruh Lapisan Rakyat
August 16th, 2023 | 08:09 AM | 99 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Acara Riadah Berbasikal Keputeraan 2023 bukan hanya mempamerkan semangat kesukanan yang tinggi, malah ia lebih meriah lagi apabila seluruh lapisan rakyat terutamanya penggemar sukan berbasikal turut sama menyertai riadah berkenaan.
Antara yang turut menyertai acara Riadah Berbasikal Keputeraan 2023 berkenaan ialah para pegawai veteran Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB).
Yang Dimuliakan Pehin Datu Panglima Kolonel (B) Dato Paduka Haji Jalil bin Haji Ahmad ketika ditemui semasa acara berkenaan menzahirkan rasa syukur ke hadrat Allah Subhanahu Wata'ala kerana dapat berkumpul beramai-ramai bagi acara riadah berkenaan.
Saat ini tambahnya, sangat-sangat dinantikan oleh rakyat dan penduduk di Negara Brunei Darussalam khususnya mereka yang terlibat di dalam riadah berbasikal berkenaan.
"Kami selaku pegawai-pegawai veteran ABDB juga tidak ketinggalan untuk ikut serta bersama seorang raja yang kita kasihi, iaitu Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam," ujarnya lagi.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]