FacebookInstagramTwitterContact

 

6 Nutritious Sources Of Plant Protein For Vegans And Vegetarians           >>           Resveratrol Can Help Treat Alcoholic Fatty Liver Disease           >>           Tiktoker Remi Bader Reveals Before-And-After Of Fitness Transformation After Quitting Ozempic           >>           Sous Vide Machines Aren't Haute Cuisine, They're Millennial Crockpots — And That's Why They're Perfect           >>           Meta And Google Want To Make AI Deals With Hollywood Studios           >>           Phoenix Suns Co-Owner Among New Portland Thorns Investors           >>           Bayern Munich Close To Vincent Kompany Agreement – Source           >>           Fallen Giants Muangthong United Look On Their Way Back To Rejoining Thai Football's Elite           >>           Barcelona Won't Fear Real Madrid With Mbappé – Lewandowski           >>           USMNT's Pulisic Stars In Stripes As AC Milan Unveil New Kit           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


2 Peserta Wakili NBD Bagi Majlis Tilawah Dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa


 


 August 17th, 2023  |  09:12 AM  |   124 views

BERAKAS

 

Dua peserta Negara Brunei Darussalam berlepas ke Kuala Lumpur, Malaysia lewat petang tadi bagi menyertai Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa Kali Ke-63 yang akan diadakan pada 19 hingga 24 Ogos 2023.

 

Para peserta terdiri daripada qari, Haji Awang Muhammad Zul-Hafiz bin Awang Tengah, dan qariah, Dayangku Fauziah Nadhirah binti Pengiran Haji Jofri.

 

Hadir di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei bagi mengucapkan selamat belayar kepada rombongan ialah Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), Awang Haji Mohammad Rosli bin Haji Ibrahim; Ketua Bahagian Kemajuan Syiar Islam, KHEU, Awang Hassan Baha bin Haji Umar; Ketua Bahagian Perhubungan Awam, Antarabangsa dan MABIMS, KHEU, Awang Haji Mohammad Albi bin Haji Ibrahim; Pengetua Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Pengiran Haji Amiruddin bin Pengiran Haji Damit, serta pegawai-pegawai KHEU.

 

Turut menyertai rombongan ialah Pembimbing merangkap Pengurus Rombongan, Awang Haji Abd Hafeiz bin Haji Nuh; Dato Paduka Haji Md Yussop bin Bakar selaku Pembimbing; dan Pegawai Pengiring Perempuan, Pengiran Hajah Ommi Kalthum binti Pengiran Haji Abdul Razak.

 

Semasa ditemu bual, Haji Awang Muhammad Zul-Hafiz berkata, beliau membuat persediaan bagi pertandingan tersebut dengan menjalani latihan membaca Al-Quran di rumah selain menjaga pemakanan dan kesihatan.

 

Sementara itu, Dayangku Fauziah Nadhirah menjelaskan, sebagai persediaan bagi pertandingan tersebut, beliau telah meneruskan latihan membaca Al-Quran bersama ibu bapanya selepas memenangi Musabaqah Membaca Al-Quran Bahagian Dewasa Peringkat Akhir Kebangsaan Tahun 1444 Hijrah / 2023 Masihi.

 

"Saya berharap dapat memperdengarkan bacaan dengan baik dan diberikan kesihatan sepanjang pertandingan berkenaan.

 

"Selain itu, harapan saya agar dapat melakukan yang terbaik dan mengharumkan membawa kejayaan kepada Negara Brunei Darussalam," ujar beliau.

 

Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa di Kuala Lumpur ini merupakan acara tahunan, yang mana Negara Brunei Darussalam sudah lebih 50 kali ikut serta.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

China's Drills Show It Really Doesn't Like Taiwan's New President

 2024-05-24 00:19:39

Mike Lynch Defends Himself In Autonomy Fraud Trial

 2024-05-24 09:52:47