Home > Sports
Panchor Murai FC Menang Bergaya
August 19th, 2023 | 07:20 AM | 4059 views
SUNGAI KEBUN
Panchor Murai FC menang bergaya setelah berjaya menumpaskan Wasan FC dengan jaringan 9 – 0 dalam Liga Belia Brunei Bawah 20 Tahun (Brunei Youth League U20) 2023 petang tadi.
Panchor Murai FC menjaringkan gol pertama seawal minit ketiga pada separuh masa pertama melalui Raqib Hilmi.
Walaupun hujan turun di Kompleks Sukan Sungai Kebun, Panchor Murai FC terus mengegarkan gawang Wasan FC dengan menambah lagi empat jaringan pada separuh masa pertama.
Tiga jaringan dibuat oleh Danial Hariz Shukrin pada minit ke-6, 26 dan 35. Manakala, Daniyal Hakeem Lamit menjaringkan satu gol pada minit ke-23.
Panchor Murai FC berjaya lagi menambah empat jaringan pada separuh masa kedua masing-masing dijaringkan oleh Daniyal Hakeem Lamit pada minit ke-48, diikuti pada minit ke-65 oleh Syafirul Ikhwan Jim Izal dan seterusnya pada minit ke-78 yang dijaringkan oleh Danial Hariz Shukrin.
Pada minit ke-80, Panchor Murai FC menambah gol ke-9 menerusi Habibul Hakim Sapawi / Hamdan dan sekali gus menundukkan Wasan FC dengan kemenangan yang selesa sehingga akhir tamat perlawanan.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]