Home > Bahasa Melayu
Sertai Kempen Derma Darah
August 20th, 2023 | 12:16 PM | 158 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Pusat Pendermaan Darah di Jabatan Perkhidmatan Makmal, Kementerian Kesihatan, akan mengadakan kempen-kempen derma darah di beberapa buah tempat di negara ini.
Pada Isnin, 21 Ogos 2023, Kempen Derma Darah akan berlangsung di Onecity Shopping Mall, Kampung Sungai Akar, bermula pukul 10.00 pagi hingga 2.00 petang.
Sementara Mid Valley Shopping Mall, Kampung Salambigar juga akan mengadakan kempen serupa pada Khamis, 24 Ogos 2023 dari pukul 10.00 pagi hingga 2.00 petang.
Manakala, Kempen Derma Darah anjuran Pusat Pembangunan Belia, Kampung Tanah Jambu Sempena Hari Belia Kebangsaan akan diadakan pada Sabtu, 26 Ogos 2023 bermula pukul 9.00 pagi hingga 11.30 pagi.
Orang ramai adalah diseru untuk menyertai kempen-kempen tersebut dan sekali gus menderma darah bagi sama-sama membantu mengekalkan bekalan stok darah di negara ini.
Tempahan slot derma darah melalui aplikasi BloodKad bagi kempen derma darah tersebut adalah sangat digalakkan.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]