Home > Sports
AKSE Bersatu Menang Bergaya
August 21st, 2023 | 12:04 PM | 5647 views
BERAKAS
AKSE Bersatu berjaya menewaskan Setia Perdana FC 5 - 1 pada perlawanan Liga Super Brunei (BSL) 2023 yang berlangsung di Padang dan Belapan, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah.
Dua gol AKSE Bersatu dijaringkan pada separuh masa pertama oleh pemain jersi 7, Vouzon Christ Max Junior pada minit ke-10 diikuti pada minit ke-23 menerusi pemain jersi 15, Mohammad Kasyfil Anuar Zamain.
Sebaik separuh masa kedua berjalan, pemain jersi 7, Vouzon Christ Max Junior sekali lagi menjaringkan dua gol buat AKSE Bersatu pada minit ke-64 dan ke-72.
Pada minit ke-84, pemain jersi 20, Abiodun Fatai Babatunde menggegarkan gawang Setia Perdana FC.
Selang beberapa minit, Setia Perdana FC pula menggembirakan penyokong-penyokongnya dengan menyudahkan satu gol ke gawang AKSE Bersatu pada minit-minit terakhir menerusi tendangan pemain jersi 18, Md Zulfadzley Julaihi sebelum wisel penamat dibunyikan.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]