FacebookInstagramTwitterContact

 

Installation Works of New Traffic Lights           >>           Royal Brunei Police Force Training           >>           Only Valid Haj Visa Holder is allowed to Perform Haj           >>           Hari Raya Aidilfitri Celebration with New Converts           >>           Hari Raya Aidilfitri Celebration           >>           Towards A Data-Driven Society Workshop           >>           16th IFSB Discussion Session           >>           16th IFSB Summit Panel Discussion           >>           5th ASEAN Disaster Resilience Platform           >>           ACDM + Japan / ACDM + Republic of Korea           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


45 Sertai Pantai Pengkalan Pinang Mountain Bike Challenge 2023


 


 August 21st, 2023  |  12:48 PM  |   135 views

TUTONG

 

Majlis Perundingan Kampung Penanjong buat julung kalinya mengadakan Perlumbaan 'Pantai Pengkalan Pinang Mountain Bike (MTB) Challenge' 2023 yang berlangsung di Pantai Persiaran Pengkalan Pinang, Kampung Penanjong, di sini.

 

Hadir selaku tetamu kehormat dan menyempurnakan pelepasan perlumbaan berkenaan ialah Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Awang Abdul Aziz bin Haji Hamdan yang juga selaku Ketua Kampung Sengkarai, Daerah Tutong.

 

Sebanyak tiga kategori dipertandingkan pada perlumbaan tersebut iaitu Kategori Lelaki Terbuka; Kategori Masters 45 Tahun Ke atas; dan Kategori Veteran 50 Tahun Ke atas.

 

Bagi Kategori Lelaki Terbuka melalui lima pusingan dengan jarak jauh 19 kilometer (km), manakala bagi Kategori Masters 45 Tahun Ke atas dan Kategori Veteran 50 Tahun Ke atas melalui  empat pusingan dengan jarak jauh 15 km.

 

Seramai 45 peserta menyertai perlumbaan yang bermula dan berakhir di pantai berkenaan.

 

Ketua Kampung Penanjong, Awang Muhammad Ariffin bin Haji Akip dalam ucapannya antara lain menjelaskan tujuan acara perlumbaan itu diadakan adalah untuk sama-sama menyemarakkan Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam  Ke-77 Tahun.

 

Di samping itu katanya, ia juga bagi memperkenalkan Pantai Persiaran Pengkalan Pinang yang boleh dijadikan salah satu tempat atau 'venue' perlumbaan basikal 'mountain bike' ('cross country') selain memperkenalkan keindahan pantai berkenaan.

 

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Hong Kong Bans Protest Anthem After Court Case Win

 2024-05-09 00:07:03

How Global Companies Handle Political Talk At Work

 2024-05-10 00:12:33