FacebookInstagramTwitterContact

 

Installation Works of New Traffic Lights           >>           Royal Brunei Police Force Training           >>           Only Valid Haj Visa Holder is allowed to Perform Haj           >>           Hari Raya Aidilfitri Celebration with New Converts           >>           Hari Raya Aidilfitri Celebration           >>           Towards A Data-Driven Society Workshop           >>           16th IFSB Discussion Session           >>           16th IFSB Summit Panel Discussion           >>           5th ASEAN Disaster Resilience Platform           >>           ACDM + Japan / ACDM + Republic of Korea           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Tingkatkan Keimanan, Jauhi Fitnah


 


 August 21st, 2023  |  12:52 PM  |   128 views

MUARA

 

Dunia pada hari ini penuh dengan perkara luar biasa yang berlaku sehingga merasakan bahawa hampir berlakunya hari kiamat. Ini menunjukkan kepada kita bahawa umat yang hidup di akhir zaman akan berdepan dengan pelbagai ujian, fitnah dan cubaan yang cukup mencabar.

 

Hanya dengan keimanan yang teguh serta dengan ilmu yang betul sahaja akan menyelamatkan kita semua daripada ujian, fitnah dan cubaan ini.

 

Perkara ini telah ditegaskan oleh Allah Subhanahu Wata'ala di dalam Surah Al-'Asr yang maksudnya : “Demi Masa (1) Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian (2) Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amalan-amalan soleh, dan saling berpesan untuk mengikut yang haq serta saling berpesan untuk bersabar (3).

 

“Adapun masa atau waktu yang berlalu dengan pantas atau cepat adalah termasuk di dalam tanda-tanda hampir berlakunya kiamat. Masa terasa begitu pantas adalah disebabkan hilangnya keberkatan (di dalam kehidupan), sedikitnya amalan untuk akhirat, membuang waktu pada perkara yang tidak penting dan berfaedah sehingga tiada lagi nilainya.

 

“Oleh itu sebagai umat Islam, kita perlu mengambil iktibar tentang waktu yang dilalui pada hari ini merupakan sisa baki kehidupan yang perlu diisikan dengan amalan-amalan salih agar beroleh keberkatan dalam umur yang dikurniakan".

 

Perkara tersebut antara yang telah disampaikan di dalam Tazkirah bertajuk 'Masa Itu Singkat' oleh Pegawai Perkembangan Ugama, Penolong Ketua Bahagian Penyebaran Dakwah (Ceramah), Pusat Da'wah Islamiah (PDI), Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), Awang Haji Muskrisman Safari bin Haji Mustapa, bagi menyemarakkan Malam Munajat kali ke-99 anjuran KHEU dari Masjid Kampung Salambigar.

 

Acara Munajat malam semalam turut mengundang tetamu khas, Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Awang Mohammad Ali bin Tanjong, dari Masjid Kampung Lumapas yang juga memimpin bacaan Sayyidul Istighfar dan Surah Al-Fatihah.

 

Turut sama-sama menyemarakkan Malam Munajat ialah Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Othman dan Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Pengiran Dato Seri Paduka Haji Mohammad Tashim bin Pengiran Haji Hassan.

 

Mengimarahkan lagi acara Munajat semalam ialah Persatuan Saudara Baru Daerah Temburong (PESAT); nazir-nazir dan pegawai-pegawai dari Jabatan Pengajian Islam (JPI); Ahli Jawatankuasa Takmir Masjid dan Jemaah Masjid Kampung Lumapas; Masjid Kampung Bengkurong; Masjid Kampung Salambigar; Balai Ibadat Kampung Sibut, Temburong serta daripada masjid-masjid, surau-surau dan balai-balai ibadat yang keseluruhannya sebanyak 95 buah di seluruh negara.

 

Juga tidak ketinggalan menyertai, warga kerja KHEU dan jabatan-jabatan di bawahnya bersama keluarga dari kediaman masing-masing.

 

Selepas bacaan Sayyidul Istighfar dan Surah Al-Fatihah, acara Munajat diteruskan dengan bacaan Surah Yaa Siin beramai-ramai dipimpin oleh Nazir Khas, JPI, KHEU, Awang Amerul Shah bin Awang Haji Besar, dari Dewan Sekolah Ugama Paduka Seri Begawan Sultan Omar Ali Saifuddien, Kuala Belait.

 

Diikuti Doa Munajat dibacakan oleh Penolong Ketua Istinbat, Jabatan Mufti Kerajaan, Jabatan Perdana Menteri, Haji Awang Mohamad Raimi bin Awang Tengah, dari Masjid Kampung Bengkurong.

 

Sejurus selesai Tazkirah, bacaan Selawat Ibrahimiyyah dipimpin oleh Ketua Keugamaan PESAT, Awang Muhd Muhaimin bin Muhd Zulkifli dari Balai Ibadat Kampung Sibut, Temburong.

 

Bagi memberkati acara Munajat, bacaan Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam oleh Imam Masjid Kampung Lumapas, Jabatan Hal Ehwal Masjid, KHEU, Awang Mohd. Azre bin Haji Ashli, dari Masjid Kampung Lumapas.

 

Malam Munajat mengajak orang ramai melipatgandakan amalan kerohanian dengan membaca ayat-ayat suci Al-Quran, berdoa, berzikir dan beristighfar, semata-mata untuk memohon keampunan, perlindungan, rahmat dan keredaan Allah Subhanahu Wata'ala.

 

Di samping itu, berdoa agar rakyat dan Negara Brunei Darussalam sentiasa terpelihara dari sebarang musibah yang tidak diingini dan berjaya membendung penularan penyakit merbahaya termasuk COVID-19.

 

Orang ramai adalah sangat dialu-alukan untuk menyertai Malam Munajat dari mana jua berada pada setiap Sabtu (malam Ahad) dengan melayari pautan 'http://tiny.cc/munajatkheu' atau 'www.facebook.com/pdi.kheu/'.

 

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Hong Kong Bans Protest Anthem After Court Case Win

 2024-05-09 00:07:03

How Global Companies Handle Political Talk At Work

 2024-05-10 00:12:33