FacebookInstagramTwitterContact

 

Installation Works of New Traffic Lights           >>           Royal Brunei Police Force Training           >>           Only Valid Haj Visa Holder is allowed to Perform Haj           >>           Hari Raya Aidilfitri Celebration with New Converts           >>           Hari Raya Aidilfitri Celebration           >>           Towards A Data-Driven Society Workshop           >>           16th IFSB Discussion Session           >>           16th IFSB Summit Panel Discussion           >>           5th ASEAN Disaster Resilience Platform           >>           ACDM + Japan / ACDM + Republic of Korea           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Akademi Da'wah 4.0 : Memantapkan Perjalanan Dakwah


 


 August 21st, 2023  |  12:54 PM  |   239 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Pusat Da'wah Islamiah (PDI), Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) melalui Urus Setia Program Keagamaan Belia dengan kerjasama Badan Sukarelawan Belia Da'ie mengadakan Majlis Konvokesyen Akademi Da'wah 4.0 yang bertemakan 'Da'ie Berimpak, Membangun Masyarakat', berlangsung di Dewan Auditorium, Sekolah Al-Falaah, Cawangan Sungai Akar.

 

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman.

 

Turu hadir ialah Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Pengiran Dato Seri Paduka Haji Mohammad Tashim bin Pengiran Haji Hassan.

 

Majlis dimulakan dengan bacaan Al-Qur'an oleh peserta Akademi Da'wah 4.0, Muhammad Nur' Alim bin Abdullah Nordin dan 'Ibrah pula disampaikan oleh Dayang Nurliya Syamimi binti Muhammad Nazirul Ezwan, diikuti dengan ucapan alu-aluan daripada Pengerusi Akademi Da'wah 4.0, Awang Muhammad Fuad bin Matahir.

 

Dalam ucapannya, Awang Muhammad Fuad melahirkan harapan agar peserta akan terus maju jaya dan mempraktikkan apa yang telah dipelajari sepanjang program ini dan berharap dakwah akan terus berjalan dengan mantap dengan adanya para peserta yang mempunyai potensi masing-masing untuk membangun masyarakat.

 

Acara kemudian diteruskan dengan ucapan daripada Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama dan seterusnya penutupan rasmi Akademi Da'wah 4.0, dikuti dengan tayangan video ristaan sepanjang Program Akademi Da'wah 4.0.

 

Sepanjang program diadakan, para peserta dari pelbagai bidang pendidikan dan institusi berkongsi pengalaman dan strategi bagi membina impak positif dalam masyarakat.

 

Kuliah dan sesi bengkel perbincangan mewujudkan platform bagi para peserta untuk belajar meningkatkan ilmu pengetahuan ugama, memperbaiki akhlak melalui aktiviti-aktiviti tarbiyah da'ie, memperbaiki kemahiran komunikasi dan kepimpinan daripada pihak-pihak pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan juga diberi pendedahan kejayaan dan cabaran yang dihadapi oleh da'ie-da'ie terkemuka zaman terdahulu dan masa kini.

 

Bagi mengiktiraf usaha dan komitmen para peserta Akademi Da'wah 4.0, penganugerahan juga diberikan kepada peserta yang menonjol dalam 8 standard yang ditetapkan iaitu: Kefahaman dan Hafalan al-Quran; Akhlak, Tarbiyah Da'ie dan Aktiviti Media secara individu; Kepimpinan, Proaktif dan Kerjasama; Cabaran mendapatkan mad'u berkualiti; Cabaran Media Sosial secara berkumpulan dan Cabaran Khidmat Masyarakat secara berkumpulan.

 

Penganugerahan Kumpulan Terbaik Muslimin diberikan kepada Kumpulan Mujtahidun manakala Kumpulan Terbaik Muslimat diberikan kepada Kumpulan Legasi Hawa. Seterusnya penganugerahan Da'ie Aspirasi disandang oleh Dayang Nurilya Syamimi binti Muhammad Nazirul Ezwan.

 

Manakala, Anugerah Da'ie Muslim Terbaik disandang oleh Awang Mohammad Norhadi Yusof @ Yusren bin Abdullah dan Anugerah Da'ieyah Muslimah Terbaik disandang oleh Dayang Nur Izzy Aziah binti Ahmad.

 

Acara diteruskan dengan penyampaian sijil-sijil penghargaan kepada para penceramah dan penyampai undangan dan para penaja.

 

Acara turut diserikan dengan persembahan syair bertajuk 'Salam Sayang' daripada peserta Akademi Da'wah 4.0.

 

Majlis diakhiri dengan bacaan Doa Allah Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darusalam oleh Pegawai Perkembangan Ugama, PDI, Mohammad Nasyith bin Superi.

 

Tetamu kehormat turut menyaksikan pameran daripada para peserta yang diraikan.

 

Juga hadir pada majlis tersebut ialah Pengarah-Pengarah di Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) dan pegawai-pegawai serta kakitangan PDI; pensyarah-pensyarah undangan daripada Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan, Universiti Islam Sultan Sharif Ali dan Universiti Brunei Darusalam; para mentor dan aktivis Program Keagamaan Belia di bawah KHEU; para peserta Akademi Da'wah 4.0 bersama para ibu bapa.

 

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Hong Kong Bans Protest Anthem After Court Case Win

 2024-05-09 00:07:03

How Global Companies Handle Political Talk At Work

 2024-05-10 00:12:33