FacebookInstagramTwitterContact

 

Installation Works of New Traffic Lights           >>           Royal Brunei Police Force Training           >>           Only Valid Haj Visa Holder is allowed to Perform Haj           >>           Hari Raya Aidilfitri Celebration with New Converts           >>           Hari Raya Aidilfitri Celebration           >>           Towards A Data-Driven Society Workshop           >>           16th IFSB Discussion Session           >>           16th IFSB Summit Panel Discussion           >>           5th ASEAN Disaster Resilience Platform           >>           ACDM + Japan / ACDM + Republic of Korea           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Da'ie Berperanan Membentuk Masyarakat Harmoni


 


 August 21st, 2023  |  12:55 PM  |   225 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman menekankan pentingnya peranan da'ie dalam membentuk dan membina masyarakat yang harmoni.

 

Dalam hubungan itu, Yang Berhormat juga menegaskan kepentingan dakwah yang disampaikan adalah dakwah yang berimpak memelihara keharmonian beragama sama ada di kalangan masyarakat Islam mahupun masyarakat senegara yang antaranya tergolong rakyat dan penduduk yang bukan beragama Islam.

 

Menteri Hal Ehwal Ugama menekankan perkara tersebut pada Majlis Konvokesyen Akademi Da'wah 4.0 yang diadakan di Dewan Auditorium, Sekolah Al-Falaah, Cawangan Sungai Akar.

 

Memetik firman Allah Subhanahu Wata'ala, dalam ayat 125 dalam Surah an-Nahl, Yang Berhormat menyatakan, terdapat tiga kaedah terbaik untuk berdakwah iaitu pertama, penyampaian dakwah hendaklah secara berhikmah, bijaksana memahami suasana dan keadaan di samping mengetahui tentang khalayak dan sasaran dakwah.

 

Kedua tambah Yang Berhormat, secara al-mau'izah al-hasanah iaitu menggunakan bahan-bahan yang berupa pengajaran, peringatan yang baik, dengan penyampaian yang boleh membangkitkan keinsafan. Bukan sebaliknya, apabila yang mendengar atau mengikuti sisi dakwah akan ragu atau serba salah untuk menerima.

 

“Ketiga, jika dalam keadaan yang memerlukan perbahasan tentang perkara yang didakwahkan, maka pesan Allah ialah wajadilhum billati hia ahsan, yakni hendaklah dibawakan keterangan atau dalil yang terbaik menolak dalil atau keterangan daripada pihak yang menimbulkan perbahasan itu. Bukan dengan sentimen yang setentunya akan mengundang perbahasan yang tidak sihat, saling menyalahkan yang membawa kepada pertelingkahan yang berterusan, menghilangkan keharmonian hidup di kalangan masyarakat terutama masyarakat yang berlainan ugama."

 

“Maka para da'ie hendaklah tidak terbawa-bawa atau membawa khalayaknya ke arah suasana dan keadaan yang tidak harmoni itu."

 

“Dengan itu dalam mengajarkan ajaran Allah sambil menyeru dan mengajak untuk mengikuti dan mengamalkannya, memang akan dialami perbezaan pendapat dan fahaman, terutama sekali dengan khalayak yang memang berlainan akidah atau yang disebut berlainan ugama," terang Yang Berhormat.

 

Yang Berhormat seterusnya melahirkan kepercayaan bahawa, hal yang penting ini telah juga dihuraikan dengan lebih jelas oleh mentor-mentor dalam Program Akademi Da'wah yang dianjurkan sudah ke edisinya yang ke-4.0 ini.

 

Yang Berhormat turut menegaskan, dalam mengaplikasikan tiga kaedah berdakwah itu hendaklah dengan beretika atau berakhlak mulia.

 

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Hong Kong Bans Protest Anthem After Court Case Win

 2024-05-09 00:07:03

How Global Companies Handle Political Talk At Work

 2024-05-10 00:12:33