FacebookInstagramTwitterContact

 

Miscellaneous Offences Act 2021           >>           Designs of 'Baju Melayu' Studs           >>           Spectrum Unveil 2024 Exhibition           >>           'People Call Me A Monster For Dyeing My Dog Pink - I Want Him To Match My Outfit'           >>           Number of New Converts Increase           >>           Mum's Horror As Group Text Invite For Daughter's 1st Birthday Party Goes Terribly Wrong           >>           Kid Cudi Engaged To Lola Abecassis Sartore           >>           Orlando Bloom Reveals Whether Kids Flynn And Daisy Inherited His Taste For Adventure           >>           This hopping robot with flailing legs could explore asteroids in the future           >>           GPT-4 performed close to the level of expert doctors in eye assessments           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Murid-Murid Taman Asuhan YSHHB Terima Sijil Akademik


 


 November 5th, 2016  |  10:07 AM  |   918 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Jumaat, 4 November. - Seramai 14 murid Taman Asuhan Kanak-Kanak Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (TASKA YSHHB) bagi Taman Asuhan 1 menerima hadiah dan sijil akademik masing-masing dalam satu majlis yang berlangsung di Dewan TASKA YSHHB, di sini.

 

Penyampaian hadiah dan sijil akademik kepada 7 murid yang menerima Sijil Kemajuan Terbaik (Best Progress) dan 7 murid lagi menerima Sijil Pencapaian Terbaik (Best Achievement) itu disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Sekolah YSHHB, Awang Noorhaizamdin bin Haji Mohd Mosbi.

 

Majlis juga diselajurkan dengan Mini Konsert oleh seramai 170 murid Taman Asuhan 1 mengikut kelas masing-masing dengan menampilkan bakat mereka dalam membuat persembahan bertajuk 'The Wide Mouthed Frog'.

 

Antara yang menyertai mini konsert tersebut, ialah Pengiran Muhammad Abdul Haadee Mubasheer bin Yang Amat Mulia Pengiran Anak Abdul Badee', cucunda kepada Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Amal Nasibah binti Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien.

 

041116 YSHHB RIZAL 4317

 

PENGIRAN Muhammad Abdul Haadee Mubasheer bin Yang Amat Mulia Pengiran Anak Abdul Badee' menyertai Mini Konsert Taman Asuhan 1 bertajuk ‘The Wide Mouthed Frog’.

 

Terdahulu dalam kata alu-aluannya, Pemangku Pengetua TASKA, Dayang Hajah Zainab binti Haji Abdul Wahab antaralain menjelaskan kaedah pengajaran guru-guru dan pembelajaran murid-murid di TASKA YSHHB lebih menjurus kepada dapatan penyelidikan pendidikan awal kanak-kanak antarabangsa yang kini mendapat perhatian pakar dan pengamal pendidikan awal kanak-kanak di negara-negara maju.

 

"Pendekatan ini ialah pendekatan 'pembelajaran berasaskan bermain' atau 'play-based learning' yang pihak TASKA percaya dapat memberikan hasil yang berkesan kepada pembelajaran murid-murid mengambil kira sifat kanak-kanak yang sentiasa suka bermain," katanya.

 

Dayang Hajah Zainab seterusnya berkata kaedah belajar sambil bermain itu didapati lebih mendatangkan kesan positif kerana ia dapat menarik perhatian murid-murid dengan adanya keadaan sekeliling yang kondusif dan menyeronokkan di samping aktiviti yang menekankan konsep penemuan dan pengalaman langsung dan berasaskan projek.

 

Di samping itu katanya lagi pendekatan sedemikian juga dapat menanamkan ciri-ciri lain seperti kepimpinan berpasukan, sosialisasi dan lainnya yang secara tidak langsung memberikan pengalaman pembelajaran yang holistik.

 

041116 YSHHB RIZAL 4246

 

KETUA Pegawai Eksekutif Sekolah YSHHB, Awang Noorhaizamdin bin Haji Mohd Mosbi  menyampaikan hadiah dan sijil akademik kepada salah seorang murid.

 

Sementara itu ketika ditemu bual, salah seorang tenaga pengajar Taman Asuhan 1, Dayangku Hajah Siti Nurulhuda binti Pengiran Haji Tajuddin melahirkan rasa terharu melihat pencapaian murid-muridnya yang ketika ini sudah menunjukkan kebolehan berinteraksi bersama orang ramai berbanding ketika awal memasuki TASKA yang lebih cenderung untuk menitiskan air mata.

 

Semua perkembangan murid-murid tersebut juga jelasnya adalah berkat usaha dan sokongan ibu bapa yang menyokong pembelajaran anak-anak mereka.

 

Menyentuh mengenai penyertaan mini konsert pula, Dayangku Hajah Siti Nurulhuda melahirkan rasa bangga di mana dengan penyertaan dalam mini konsert tersebut menandakan adanya keyakinan diri dalam murid-murid terbabit, yang secara tidak langsung menunjukkan bahawa objektif guru dalam 'fun in learning' telah tercapai.

 

Selain untuk memberikan pendedahan kepada kanak-kanak untuk meningkatkan keyakinan diri masing-masing, majlis seumpama ini juga adalah untuk memberikan penghargaan kepada kanak-kanak di atas usaha dan kegigihan mereka di dalam bidang akademik dan untuk memperkembangkan kemahiran berkomunikasi sesama kakitangan Taman Asuhan, guru-guru dan rakan sebaya.

 

Dengan menyertai mini konsert itu juga dapat memberikan pengalaman menyeronokan kepada kanak-kanak dengan membuat persembahan bersama kawan-kawan, di samping dihasrat untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara ibu bapa dan penjaga bersama warga Taman Asuhan serta memperlihatkan kebolehan anak-anak mereka mengikuti persembahan.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Hezlinawati Haji Abdul Karim

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Sydney Church Stabbing: Australian Bishop Forgives Alleged Attacker

 2024-04-19 00:07:49

Google Sacks Staff Protesting Over Israeli Contract

 2024-04-19 00:33:16