Home > Bahasa Melayu
Kelab Benzer NBD Sertai Adventouring 3 Negara
August 22nd, 2023 | 08:51 AM | 98 views
MULAUT
Sebanyak sembilan buah kenderaan Mercedes-Benz dari Ahli Kelab Benzer Brunei Darussalam bertolak ke Kota Kinabalu, Sabah bagi memenuhi jemputan Mercedes-Benz & BMW Sabah Club bagi acara Adventouring 3 Negara bermula hari ini hingga esok.
Rombongan diketuai oleh Penaung Kelab Benzer, Awang Abd. Aziz bin Haji Mohd. Daud dan Yang Di-Pertua Kelab Benzer, Awang Noor Ilham bin Japar.
Sehubungan itu, acara pelepasan konvoi disempurnakan pagi tadi oleh Pemangku Ketua Kampung Mulaut, Awang Hamizan bin Haji Mustapa bertempat di kawasan letak kereta Masjid Pengiran Muda 'Abdul Mateen, Kampung Mulaut.
Melalui penyertaan ini, ia dihasrat dapat mengeratkan silaturahim, bertukar-tukar pandangan dan berkongsi pengalaman ahli dalam memajukan kelab kereta masing-masing dan seterusnya mengeratkan kerjasama di antara ketiga-tiga negara iaitu, Negara Brunei Darussalam, Malaysia dan Indonesia.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]