Home > Bahasa Melayu
Pemerintah TDDB dianugerahkan Pingat Tentera Malaysia PGAT
KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Yang Dipertuan Agong Malaysia yang ke-14, As-Sultan Almu'tasimu Billah Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah, berkenan mengurniakan anugerah Pingat Tentera Malaysia berprestij, Darjah Kepahlawanan Angkatan Tentera Malaysia, Panglima Gagah Angkatan Tentera (PGAT) Kehormat, kepada Pemerintah Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) Brigedier Jeneral Pengiran Dato Seri Pahlawan Aminan bin Pengiran Haji Mahmud.
November 5th, 2016 | 10:16 AM | 1665 views
KUALA LUMPUR, MALAYSIA
Khamis, 3 November. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Yang Dipertuan Agong Malaysia yang ke-14, As-Sultan Almu'tasimu Billah Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah, berkenan mengurniakan anugerah pingat tentera Malaysia berprestij, Darjah Kepahlawanan Angkatan Tentera Malaysia, Panglima Gagah Angkatan Tentera (PGAT) Kehormat, kepada Pemerintah Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) Brigedier Jeneral Pengiran Dato Seri Pahlawan Aminan bin Pengiran Haji Mahmud.
Penganugerahan tersebut merupakan satu pengiktirafan dan penghargaan ke atas sumbangan beliau di dalam hubungan erat serta kerjasama ketenteraan di antara Angkatan Bersenjata Negara Brunei Darussalam dan Malaysia, khususnya TDDB dan Tentera Darat Malaysia.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Kementerian Pertahanan
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]