Home > Bahasa Melayu
UNN Anjur Hari Keluarga Bagi Hargai Sumbangan Pekerja
August 23rd, 2023 | 08:45 AM | 55 views
JERUDONG
Dalam usaha untuk menghargai dan menyantuni tenaga pekerjanya, Unified National Networks Sdn. Bhd. (UNN) telah menganjurkan Hari Keluarga baru-baru ini, di Dewan BRIDEX 2, Jerudong.
Ini merupakan kali kedua UNN menganjurkan acara keluarga berskala seumpamanya dengan lebih 1,000 pekerja dengan keluarga masing-masing mengambil bahagian pada acara tersebut.
Pelbagai aktiviti luar dan dalam dewan dianjurkan untuk kakitangan UNN dan keluarga mereka dengan membawa tema 'Karnival' dan termasuk Inflatable Obstacle Course Bouncer, Nerf Game Arena, Human Claw Machine, TuftBar, E-car rides, Lukisan Henna, lukisan muka, permainan silap mata, aktiviti mewarna, Zumba dan siri permainan karnival seperti Shoot that Ball, Goblet Ball Toss, Rolling Tyre, Colour Match, Ring Toss, Tip-a-Jug, Knock'em Teeth Out, dan Balloon Pop.
Pelbagai kiosk makanan dan minuman disediakan di sekitar kawasan dewan yang disediakan oleh vendor tempatan seperti Star Anise, Urbn Kitchen, Marvelous BBQ, Alan's Churros, Fruitime, Ijoi, London Kebab, Pyorr, Mince, Brolong, Green Wheel, Stop Lok Go, I Say Yatta, Ideal, Burgergar, Energy Juice, Happy Cream dan CO Pais Nyanyat untuk menyemarakkan lagi suasana karnival di tempat tersebut.
Hari Keluarga UNN adalah lebih daripada menghargai dan memberi ganjaran kepada pekerjanya; ia juga dianjurkan untuk menggalakkan keseimbangan kerja dan kehidupan serta dalam masa yang sama menggalakkan budaya kerja berpasukan, setia kawan khususnya dalam kalangan pekerja dan ahli keluarga serta semangat kekitaan dalam organisasi.
“Ini merupakan sebahagian daripada budaya UNN di mana kami mewujudkan persekitaran yang positif, yang memupuk rangkaian antara jabatan untuk membina kebiasaan dan kepercayaan antara satu sama lain dalam organisasi," ujar Ketua Kesihatan, Keselamatan dan Alam Sekitar UNN, Mohamad Khairil Fadlillah Said pada sambutan tersebut.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]