FacebookInstagramTwitterContact

 

4 Food Preservation Methods To Avoid Spoilage And 3 Alternatives To Refrigeration           >>           At Least A Dozen Water Suppliers In Iowa Are Still Providing Residents With Drinking Water Contaminated With “Forever Chemicals”           >>           Powdered Cheese: A Versatile, Shelf-Stable Food To Add To Your Survival Stockpile           >>           Emergency Water Pipe Repair Work Update           >>           Miscellaneous Offences Act 2021           >>           'Operasi Sepadu'           >>           'Badudun Bersama Biskita' Roadshow           >>           Hari Raya Aidilfitri Celebration           >>           International Merchandise Trade Statistics, February 2024           >>           Handover of Financial Aid           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Lawatan Tingkat Kualiti Pengajaran, Pembelajaran Bahasa Arab


 


 August 23rd, 2023  |  08:48 AM  |   45 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNSSA) dan Fakultas Tarbiyah dan Keguruan, Universiti Islam Negeri Sunan Surabaya, Indonesia telah menandatangani Memorandum of Agreement (MoA) pada 3 Mei 2023 yang lalu.

 

Dengan penandatanganan memorandum tersebut, ia dihasratkan agar kedua-dua fakulti akan dapat saling berkerjasama dalam pengendalian aktiviti-aktiviti yang dapat membantu dalam meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab.

 

Salah satu aktiviti tersebut merupakan Program Student Mobility Internasional yang diungkayahkan oleh Fakultas Tarbiyah dan Keguruan, Universiti Islam Negeri Sunan Surabaya, Indonesia.

 

Rombongan yang diketuai oleh Pensyarah Bahasa Arab di Fakultas Tarbiyah dan Keguruan Dr. Muflihah serta tiga mahasiswa dan mahasiswi dari fakultas berkenaan telah tiba di Negara Brunei Darussalam (NBD) pada 16 Ogos 2023 yang lalu.

 

Antara matlamat Program Student Mobility Internasional ialah bagi mengunjungi dan observasi beberapa pusat pembelajaran bahasa Arab di NBD. Justeru, dalam usaha bagi mencapai matlamat program, pihak Fakulti Bahasa Arab (FBA), UNISSA telah mengaturkan bagi lawatan ilmiah ke beberapa sekolah Arab di negara ini.

 

Seterusnya rombongan telah berkunjung ke Sekolah Menengah Arab Laki-Laki Hassanal Bolkiah (SMALHB) di Kampung Batu Satu pada 17 Ogos 2023. Ketibaan rombongan disambut oleh Pemangku Pengetua SMALHB, Dayang Hajah Azizah binti Haji Mohammad.

 

Pada sebelah petang pula, rombongan mengunjungi Sekolah Ugama Arab Menengah Perempuan Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha (SUAMPRIPAHS), Kampung Katok dan dialu-alukan oleh Pemangku Pengetua SUAMPRIPAHS, Dayangku Aidi Norintan binti Pengiran Haji Zinin.

 

Kunjungan ilmiah ini diteruskan lagi dengan mengadakan lawatan ke Sekolah Arab Sultan Haji Hassanal Bolkiah (SASHHB), Kampung Rimba pada Sabtu, 19 Ogos 2023. Kedatangan rombongan dialu-alukan oleh Pemangku Pengetua, Awang Haji Norhisyam bin Haji Mohd. Noor.

 

Sepanjang lawatan ke sekolah-sekolah Arab tersebut, pihak rombongan telah diberi penerangan mengenai hal ehwal pentadbiran dan hal ehwal akademik. Rombongan juga diterangkan dan dipersembahkan dengan pelbagai aktiviti ilmiah yang dilaksanakan oleh pihak sekolah.

 

Lawatan ini secara tidak langsung mampu memperkuat jalinan kerjasama dalam bentuk akademik antara pelbagai peringkat; peringkat persekolahan rendah, menengah dan juga institusi pengajian tinggi di NBD.

 

Selain itu, ia juga dapat menggambarkan pencapaian pembelajaran bahasa Arab dan perkembangannya, di samping meningkatkan pengetahuan rombongan mengenai budaya, adat istiadat dan cara hidup masyarakat di negara ini.

 

Rombongan dari Fakultas Tarbiyah dan Keguruan, Universiti Islam Negeri Sunan Surabaya, Indonesia telah diiringi oleh tenaga akademik dan beberapa orang mahasiswa dan mahasiswi di FBA, UNISSA sepanjang lawatan dilaksanakan.

 

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Cambodia Blast: 20 Soldiers Killed In Ammunition Explosion

 2024-04-28 00:52:46

Football Betting: Regulator To Meet Over 'Inaccurate' Stats Concern

 2024-04-28 00:24:48