FacebookInstagramTwitterContact

 

South Korea: World Scout Jamboree Disaster Blamed On Government           >>           Ben-Gvir, Israeli Far-Right Minister, In Car Accident           >>           Pentagon To 'Rush' Patriot Missiles To Ukraine In $6bn Package           >>           Major Gaza Protests At US Universities           >>           Burkina Faso Suspends BBC Over HRW Report On Alleged Mass Killings           >>           AIPA-FAO-IISD Joint Workshop           >>           Tesla Autopilot Recall To Be Probed By US Regulator           >>           ISO 9001:2015 Certificate Award           >>           Why Green Steam Is A Hot Issue For Business           >>           Use a Plot of Land for Planting           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Indeks Nilai Unit Eksport Menurun Pada Suku Pertama 2023


 


 August 23rd, 2023  |  08:49 AM  |   33 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Penurunan indeks nilai unit eksport sebanyak 4.8 peratus (%) dicatatkan pada suku pertama (Q1) 2023, yang mengakibatkan penurunan jumlah nilai eksport sebanyak 12.0% daripada BND4,420.0 juta, kepada BND3,890.0 juta.

 

Menurut siaran media Jabatan Perancangan Ekonomi dan Statistik, Kementerian Kewangan dan Ekonomi, ini adalah disumbangkan oleh penurunan pada indeks Bahan Kimia (9.9%), Bahan Api Galian (4.7%) dan Pelbagai Barang Keluaran Kilang (4.4%). Penurunan harga produk-produk tersebut di pasaran dunia adalah di antara faktor utama kepada penurunan indeks nilai unit eksport.

 

Manakala, dari segi indeks volum eksport, penurunan sebanyak 3.3 peratus telah dicatatkan pada Q1 2023, yang mana disebabkan oleh penurunan pada indeks Barang Keluaran Kilang (28.8%), Pelbagai Barang Keluaran Kilang (19.9%) dan Bahan Api Galian (3.0%).

 

Penurunan indeks volum import sebanyak 2.8% dicatatkan pada Q1 2023, yang mengakibatkan penurunan jumlah nilai import sebanyak 12.4%.

 

Penurunan indeks volum import ini adalah terutamanya disumbangkan oleh penurunan pada indeks Barang Keluaran Kilang (16.8%), Bahan Api Galian (16.7%) dan Bahan Galian Yang Tidak Boleh Dimakan (6.9%).

 

Manakala, indeks nilai unit import meningkat sebanyak 0.8%, terutamanya disumbangkan oleh peningkatan pada indeks Jentera dan Kelengkapan Pengangkutan (11.6%).

 

Terma perdagangan bagi negara telah mencatatkan penurunan sebanyak 5.5% pada Q1 2023, terutamanya didorong oleh penurunan Jentera dan Kelengkapan Pengangkutan sebanyak 14.4%, Bahan Kimia (8.1%) dan Makanan (1.7%).

 

Terma perdagangan adalah ukuran kuasa beli eksport dan import Negara Brunei Darussalam ke luar negara dan dari luar negara di mana terma perdagangan yang lebih tinggi membolehkan negara untuk beli lebih banyak import dengan jumlah yang sama.

 

Indeks Perdagangan Barangan Antarabangsa (IMTI) menunjukkan perubahan nilai unit dan kuantiti komoditi import dan eksport di Negara Brunei Darussalam dalam tempoh tertentu. Indeks ini juga boleh digunakan dalam menganalisa daya saing negara, mengukur dan membuat unjuran inflasi dan penyusunan akaun negara.

 

Laporan penuh IMTI bagi suku tahun pertama 2023 boleh didapati melalui laman sesawang JPES 'https://deps.mofe.gov.bn/'.

 

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

South Korea: World Scout Jamboree Disaster Blamed On Government

 2024-04-27 02:37:15

Tesla Autopilot Recall To Be Probed By US Regulator

 2024-04-27 01:55:10