FacebookInstagramTwitterContact

 

Woman Scammed Out Of £2,000 By Online Seller’s Cruel Iphone Trick           >>           Two People Charged After ‘Dine And Dash Spree’ Across Multiple Restaurants           >>           4 Food Preservation Methods To Avoid Spoilage And 3 Alternatives To Refrigeration           >>           At Least A Dozen Water Suppliers In Iowa Are Still Providing Residents With Drinking Water Contaminated With “Forever Chemicals”           >>           Powdered Cheese: A Versatile, Shelf-Stable Food To Add To Your Survival Stockpile           >>           Emergency Water Pipe Repair Work Update           >>           Miscellaneous Offences Act 2021           >>           'Operasi Sepadu'           >>           'Badudun Bersama Biskita' Roadshow           >>           Hari Raya Aidilfitri Celebration           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


2 Syarikat Dikompaun Kerana Buang Sampah Merata Tempat


 


 August 23rd, 2023  |  08:52 AM  |   31 views

TUTONG

 

Unit Penguatkuasaan, Jabatan Daerah Tutong hari ini telah mengeluarkan kompaun terhadap dua buah syarikat kerana didapati melanggar Akta Kesalahan-Kesalahan Rampaian 2021, disebabkan oleh membuang sampah di merata tempat di kawasan tapak projek di tempat awam.

 

Syarikat-syarikat berkenaan ialah Syarikat Seri Dayana Sdn. Bhd. beralamat di Lot: 15800 Kampung Sengkarai, Tutong didapati melanggar Bab 12 (1)(a) Skala Kecil (Minima) dan didenda sebanyak BND500.

 

Manakala Syarikat Transet Construction Sdn. Bhd. yang beralamat di Lot: 11595 dan Lot : 20031 Kampung Sengkarai, Tutong telah melanggar Bab 12 (1)(a) Skala Besar (Maksima) dan dikenakan denda sebanyak BND2,000.

 

Syarikat-syarikat tersebut telah dikenakan denda kompaun di bawah Akta Kesalahan-Kesalahan Rampaian 2021, dan dikehendaki untuk menjelaskan kompaun dalam tempoh tujuh hari.

 

Jika gagal membayar denda tersebut dalam masa tujuh hari dari tarikh kompaun dikeluarkan maka Syarikat tersebut boleh dihadapkan ke mahkamah dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda tidak kurang dari BND2,000 dan tidak melebihi BND10,000.

 

Bagi kesalahan kedua atau berikutnya boleh dikenakan hukuman denda tidak kurang dari BND10,000 dan tidak melebihi BND30,000 dihukum penjara bagi suatu tempoh tidak melebihi 12 bulan atau kedua-duanya sekali.

 

Unit Penguatkuasaan, Jabatan Daerah Tutong ingin mengingatkan orang ramai, pihak Syarikat dan pemilik premis-premis perniagaan agar sentiasa menjaga kebersihan alam sekitar, khususnya di kawasan premis-premis perniagaan, tapak projek dan juga kawasan awam dengan tidak membuang, melonggokkan atau meninggalkan apa jua jenis sampah sarap di tempat awam.

 

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Cambodia Blast: 20 Soldiers Killed In Ammunition Explosion

 2024-04-28 00:52:46

Football Betting: Regulator To Meet Over 'Inaccurate' Stats Concern

 2024-04-28 00:24:48