FacebookInstagramTwitterContact

 

Commemorating Mosque's 25th Anniversary           >>           Boy Finds ‘Holy Grail’ Lego Octopus On Beach 26 Years After It Fell Into Sea           >>           Well, It's Always Nice To Check Out These Enchanted Secrets           >>           All The Celebrity Godparents You Didn't Know About           >>           Boeing's Starliner Spacecraft Will Not Fly Private Missions Yet, Officials Say           >>           Drake deletes AI-generated Tupac track after Shakur’s estate threatened to sue           >>           The FTC accuses Amazon of using Signal’s auto-deleting messages to erase evidence           >>           Some Apple users say they’ve been mysteriously locked out of their accounts           >>           Oil Tanker Damaged In Houthi Missile Strike           >>           Tourist Fined For Approaching Walrus In Norway           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Operasi Kelinga Bagi Memastikan Perintah Pekerjaan 2009 Dipatuhi


 


 August 23rd, 2023  |  08:54 AM  |   36 views

SENGKURONG

 

Dalam menguatkuasakan dan memastikan Perintah Pekerjaan 2009 dipatuhi oleh para majikan, Bahagian Penguatkuasaan Undang-Undang, Jabatan Buruh telah mengendalikan Operasi Kelinga 183/2023 di kawasan Kampung Jangsak dan Kampung Sengkurong, baru-baru ini.

 

Pemeriksaan pertama yang telah dijalankan di Kampung Jangsak telah mendapati sebanyak satu kesalahan di bawah Perintah Pekerjaan 2009 yang dilakukan oleh majikan, iaitu Bab 112(1) menggaji pekerja asing tanpa lesen daripada Pesuruhjaya Buruh.

 

Pemeriksaan kedua yang telah dijalankan di Kampung Sengkurong telah mendapati sebanyak tujuh kesalahan di bawah Perintah Pekerjaan 2009 yang dilakukan oleh majikan, iaitu Bab 10 majikan tiada menyediakan kontrak perkhidmatan secara bertulis; Bab 65 melebihi jam bekerja yang telah ditetapkan; Bab 70 gagal memberikan cuti pada hari kelepasan awam yang diwartakan; Bab 71 gagal memberikan cuti tahunan; Bab 72 gagal memberikan cuti sakit yang disahkan oleh pengamal perubatan; Bab 82 gagal menyediakan kelengkapan pertolongan cemas; dan Bab 112(2) kesalahan melanggar syarat-syarat lesen pengambilan pekerja asing di mana tiga orang pekerja asing berjawatan sebagai Buruh membuat pekerjaan sebagai Juruwang.

 

Bagi kesalahan tersebut, jika sabit kesalahan, majikan boleh dikenakan denda kompaun sebanyak BND600 bagi kesalahan pertama dan BND900 bagi kesalahan kedua, manakala bagi kesalahan ketiga ataupun jika gagal membayar denda kompaun tersebut, majikan akan dihadapkan ke mahkamah.

 

Sehubungan dengan itu, Jabatan Buruh ingin mengingatkan kepada majikan supaya sentiasa memantau hal ehwal kebajikan pekerja selaras dengan kehendak Perintah Pekerjaan, 2009 seperti penyediaan kontrak pekerjaan dan pembayaran gaji tepat pada waktunya.

 

Para majikan adalah dinasihatkan untuk tidak menyalahgunakan Lesen Pekerja Asing dan melanggar akta di bawah Perintah Pekerjaan 2009.

 

Untuk maklumat lebih lanjut bolehlah berhubung dengan Jabatan Buruh melalui talian +673 2381848 (semasa waktu bekerja) atau +673 7298989 (di luar waktu bekerja).

 

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Cambodia Blast: 20 Soldiers Killed In Ammunition Explosion

 2024-04-28 00:52:46

Football Betting: Regulator To Meet Over 'Inaccurate' Stats Concern

 2024-04-28 00:24:48