FacebookInstagramTwitterContact

 

Liverpool Title Hopes Dented Again In West Ham Draw           >>           Real Madrid Move Closer To Title With Win At Real Sociedad           >>           QPR Thrash Leeds To Seal Leicester's Promotion           >>           Premier League CEO: Games In U.S. Not In Our 'Current Plans'           >>           Football Betting: Regulator To Meet Over 'Inaccurate' Stats Concern           >>           Hungary Opens Up To Chinese Tech Despite Protests           >>           South Korea: World Scout Jamboree Disaster Blamed On Government           >>           Ben-Gvir, Israeli Far-Right Minister, In Car Accident           >>           Pentagon To 'Rush' Patriot Missiles To Ukraine In $6bn Package           >>           Major Gaza Protests At US Universities           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Operasi Jenggo SB : 23 Individu Ditangkap


 


 August 23rd, 2023  |  08:57 AM  |   36 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Biro Kawalan Narkotik (BKN) telah menjalankan Operasi Jenggo SB pada pertengahan Ogos 2023 dengan menyasarkan kepada pengguna-pengguna dadah yang dikenal pasti terlibat dalam menjalankan aktiviti pengedaran dadah berskala kecil di Daerah Temburong.

 

Operasi ini merupakan usaha pencegahan (deterrence) yang dijalankan untuk membanteras jenayah dadah di Daerah Temburong.

 

Serbuan telah dijalankan ke atas 10 buah lokasi di Daerah Temburong iaitu empat lokasi di Rancangan Perumahan Negara (RPN) Kampung Rataie; dua lokasi di Kampung Batang Tuau; Kampung Bokok; Kampung Parit Belayang; Kampung Paya Begangan; dan Kampung Sumbilling Baru.

 

Operasi tersebut telah menahan seramai 23 orang tangkapan yang terdiri daripada 21 orang warga tempatan berumur 28 hingga 70 tahun dan dua orang Penduduk Tetap berumur 40 dan 55 tahun kerana dipercayai terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dan pengedaran dadah.

 

Majoriti tangkapan Operasi Jenggo SB terdiri daripada pengguna-pengguna dadah yang telah lama bergiat dalam menjalankan aktiviti penyalahgunaan dadah, namun, mereka tidak serik untuk terus terlibat, bukan sahaja dalam aktiviti penyalahgunaan dadah tetapi juga turut terlibat dalam menjalankan aktiviti pengedaran dadah di Daerah Temburong.

 

Tangkapan operasi ini juga telah dikenal pasti mempunyai kaitan dengan sindiket pengedaran dadah di Kampong Ayer.

 

Operasi ini telah merampas sebanyak 0.33 gram syabu, dan turut dirampas ialah alat-alat perkakas yang digunakan untuk menyalahgunakan dadah.

 

Kes ini akan disiasat di bawah Seksyen 6(a), Akta Penyalahgunaan Dadah, Penggal 27 atas kesalahan memiliki dadah terkawal; Seksyen 6(b), Akta Penyalahgunaan Dadah, Penggal 27 atas kesalahan memakan dadah terkawal dan Seksyen 7, Akta Penyalahgunaan Dadah, Penggal 27 atas kesalahan memiliki alat perkakas untuk menyalahgunakan dadah.

 

Lima orang tangkapan operasi ini telah didakwa di Mahkamah Majistret pada 16 dan 19 Ogos 2023 bagi kesalahan lama dan telah dikenakan denda dan dijatuhkan hukuman penjara antara tempoh 11 bulan hingga empat tahun.

 

BKN ingin memberikan amaran kepada pengedar-pengedar dadah yang bergiat aktif mengedar dadah terkawal sama ada mengedar dalam skala yang kecil atau terlibat dalam rangkaian sindiket pengedaran dadah bahawa mereka tidak akan terlepas daripada jangkauan penguatkuasaan undang-undang yang akan dilaksanakan oleh BKN.

 

Di kesempatan ini, BKN ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada orang ramai yang telah memberikan kerjasama dengan menyalurkan maklumat-maklumat berkaitan dengan aktiviti penyalahgunaan dan pengedaran dadah di negara ini.

 

Sebarang maklumat yang mencurigakan berhubung dengan kegiatan penyalahgunaan dadah, sila hubungi BKN menerusi talian +673 2448877 (waktu pejabat) atau Hotline +673 8777444 (selepas waktu pejabat).

 

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

South Korea: World Scout Jamboree Disaster Blamed On Government

 2024-04-27 02:37:15

Football Betting: Regulator To Meet Over 'Inaccurate' Stats Concern

 2024-04-27 23:24:48