FacebookInstagramTwitterContact

 

Boy Finds ‘Holy Grail’ Lego Octopus On Beach 26 Years After It Fell Into Sea           >>           Well, It's Always Nice To Check Out These Enchanted Secrets           >>           All The Celebrity Godparents You Didn't Know About           >>           Boeing's Starliner Spacecraft Will Not Fly Private Missions Yet, Officials Say           >>           Drake deletes AI-generated Tupac track after Shakur’s estate threatened to sue           >>           The FTC accuses Amazon of using Signal’s auto-deleting messages to erase evidence           >>           Some Apple users say they’ve been mysteriously locked out of their accounts           >>           Oil Tanker Damaged In Houthi Missile Strike           >>           Tourist Fined For Approaching Walrus In Norway           >>           Trump Hush-Money Trial: His Mood And The Unveiling Of DA's Case           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Kejohanan Terbuka Wadokai Karate Bermula 25 Ogos Ini


 


 August 23rd, 2023  |  08:58 AM  |   36 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Lebih 450 atlet yang mewakili 13 Persatuan Karate dari Negara Brunei Darussalam (NBD), Sabah, Sarawak dan juga Wilayah Persekutuan Labuan akan berentap pada Kejohanan Terbuka Wadokai Karate 2023 nanti.

 

Kejohanan yang akan berlangsung di Pusat Belia di ibu negara bermula dari 25 hingga 27 Ogos itu nanti menyaksikan kehebatan para atlet dengan keempat-empat gaya terbesar Karate iaitu Wadokai, Shotokan, Shitorio dan Gojukai.

 

Semasa temu bual bersama Pengerusi Kejohanan Terbuka Wadokai Karate 2023, Awang Haji Osmera bin Haji Othman menjelaskan, pertandingan itu menyediakan sebanyak 82 pingat emas melalui 44 kategori, termasuk Kategori Perseorangan dan Berpasukan, Lelaki dan Perempuan dari pelbagai peringkat umur dan berat badan dalam Acara Kata dan Kumite.

 

Menurut Awang Haji Osmera, format kejohanan adalah mengikut sistem kalah mati bagi Kategori Junior Kebawah dan 'repechage' bagi Kategori Kadet dan Senior.

 

Tambahnya, pasukan yang meraih pingat emas terbanyak akan memenangi Piala Pusingan Sokei Haji Malai Mohammed.

 

Tujuan kejohanan katanya, untuk mempromosikan dan membangunkan sukan Karate di NBD, terutama sekali kepada para belia dan generasi anak muda; mencapai tahap terbaik bagi diri sendiri dan pasukan melalui semangat kesukanan Karate. Ia adalah ilham daripada Allahyarham Sokei Haji Malai Mohammed bin Haji Malai Othman iaitu Pengasas Persatuan Wadokai Karate Brunei (WKBD).

 

“Kejohanan itu juga diungkayahkan dengan sokongan Persekutuan Karate Brunei (BRUKAF), Jabatan Belia dan Sukan dan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, dengan komitmen tanpa henti daripada jawatankuasa dilantik terdiri daripada para ahli dan ibu bapa WKBD, di bawah kepimpinan President WKBD, Haji Malai Jeffery bin Haji Malai Mohammed.

 

“Dianjurkan bersama dengan beberapa buah syarikat tempatan seperti Ajung Group, AiCreativv dan banyak lagi. Turut memberi sokongan adalah sumbangan dari keluarga Allahyarham Sokei Haji Malai Mohammed sendiri," ujarnya.

 

Awang Haji Osmera seterusnya menggariskan syarat-syarat penyertaan bagi atlet NBD iaitu hendaklah berdaftar dengan BRUKAF, mengikuti kejohanan secara persendirian ataupun mewakili kelab-kelab Karate yang berdaftar dengan BRUKAF sementara bagi pasukan-pasukan luar negeri hendaklah berdaftar dengan Persekutuan Karate Negeri masing-masing.

 

Pihaknya menyarankan kepada semua peserta agar sama-sama memberikan kerjasama dengan pihak penganjur bagi memastikan kejohanan berlangsung dengan lancar dan jayanya.

 

“Berikutan dewan Pusat Belia amat terhad bagi penyertaan yang begitu ramai, kami menyarankan agar para peserta akan hadir mengikut masa kategori masing-masing. Pihak penganjur akan bekerjasama dengan pengurus-pengurus pasukan agar keramaian di dalam dewan dapat dikawal," tegasnya.

 

Selain itu, pihaknya juga berharap para peserta akan meraih pengalaman yang indah, membina persahabatan baharu di samping mengukuhkan lagi persahabatan yang sedia terjalin melalui semangat kesukanan.

 

“Sememangnya dalam kejohanan ada yang kalah dan ada yang menang, walau bagaimanapun kejayaan yang sebenarnya bukanlah dari berapa banyaknya pingat yang diperoleh tetapi dari peningkatan kepada diri sendiri sebagai seorang atlet dan Karateka," katanya lagi.

 

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Cambodia Blast: 20 Soldiers Killed In Ammunition Explosion

 2024-04-28 00:52:46

Football Betting: Regulator To Meet Over 'Inaccurate' Stats Concern

 2024-04-28 00:24:48