Home > Bahasa Melayu
185 Peserta Sertai Webinar Galakan Budaya Membaca 2023
August 23rd, 2023 | 09:00 AM | 46 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) melalui Bahagian Perpustakaan mengungkayahkan Siri Ketiga bagi Siri Webinar Galakan Budaya Membaca 2023 secara maya, di mana tema Webinar pada tahun ini adalah Brunei Membaca.
Satu kertas kerja telah dibentangkan pada pagi tadi yang disampaikan oleh Penolong Profesor, Universiti Teknologi Brunei, Dr. Malai Zeiti binti Sheikh Abdul Hamid, selaku Presiden Persatuan Membaca dan Literasi Brunei mengenai kajian literasi dan tahap pembacaan di Brunei.
Seramai 185 peserta menyertai Webinar berkenaan melalui Aplikasi Zoom, Facebook dan YouTube.
Para peserta terdiri daripada pegawai dan kakitangan kerajaan, pustakawan dan guru dari dalam dan luar negara, mahasiswa dan mahasiswi serta orang persendirian.
Siri Webinar ini akan diteruskan lagi pada Selasa, 29 Ogos 2023.
Pembentangan kertas kerja akan disampaikan oleh Pensyarah Universiti Brunei Darussalam, Dayang Noradinah binti Jaidi dan Penerima Anugerah Belia Berkhidmat 2023, Awang Mohammad Ashmeer Imtiaz Ahmad; Ketua Kemasyarakatan Sukarelawan Belia, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan; Ahli Pasukan Teras Young Professionals Network Brunei.
Bagi yang berminat untuk mendaftar sila layari Instagram rasmi '@perpustakaandbpbsb'.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]