FacebookInstagramTwitterContact

 

Hibiscus Tea Improves Blood Flow, Reduces Risk Of Cardiovascular Disease           >>           Beer Brewed To Music And A Crystal Castle — How To Have An A-List Getaway In Byron Bay           >>           Sleep Is Good For Your Heart, Reduces Risk Of CVD, According To Study           >>           Black Nightshade Reduces Growth Of Cancerous Tumors           >>           You Won't Be Able To Unsee Ryan Gosling's La La Land Confession           >>           Kate Middleton And Prince William’s Designer Friend Says They’re “Going Through Hell”           >>           Eta Aquarid Meteor Shower Peak Could Spawn Over 100 'Shooting Stars' Per Hour This Weekend           >>           Nintendo blitzes GitHub with over 8,000 emulator-related DMCA takedowns           >>           X Is Using Grok To Publish AI-Generated News Summaries           >>           Microsoft’s latest Windows security updates might break your VPN           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Sebuah Syarikat Dikenakan Denda Kompaun


 


 August 25th, 2023  |  08:28 AM  |   100 views

BELAIT

 

Unit Penguatkuasaan, Jabatan Daerah Belaitmengeluarkan denda kompaun terhadap sebuah syarikat semasa pemantauan harian dilaksanakan di beberapa kawasan di bawah kawalan Jabatan Daerah Belait.

 

Syarikat tersebut dikenakan denda kompaun sebanyak BND500 kerana telah menyalahi di bawah Akta Kesalahan-Kesalahan Rampaian, 2021 (Penggal 30), Bab 12 (1) (d) iaitu mengugur, menumpah atau menghamburkan sebarang habuk, pasir, tanah liat, tanah gambur, batu kerikir, rumput, jerambi, tatal, habuk kayu, abu, kotoran kebun, kotoran bangsal, kotoran perniagaan, baja, sampah atau apa jua barang dan bahan lain di sebarang tempat awam, sama ada dari sesebuah kenderaan yang bergerak atau tidak atau dalam apa jua cara lain.

 

Syarikat terbabit telah pun menjelaskan denda kompaun berkenaan dan jika gagal menjelaskan pembayaran, syarikat berkenaan boleh didakwa ke mahkamah.

 

Unit Penguatkuasaan, Jabatan Daerah Belait sekali lagi memberi peringatan bagi kesalahan-kesalahan berkaitan dengan pembuangan sampah di tempat awam iaitu mana-mana individu yang melakukan kesalahan di bawah bab ini, jika sabit kesalahan, boleh dikenakan hukuman denda tidak kurang dari BND1,000 dan tidak melebihi BND3,000 bagi kesalahan pertama dan bagi kesalahan kedua atau berikutnya boleh dikenakan denda tidak kurang dari BND3,000 dan tidak melebihi BND9,000, dihukum penjara bagi suatu tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali.

 

Manakala badan-badan korporat yang melakukan kesalahan pertama di bawah bab ini boleh dikenakan hukuman denda tidak kurang dari BND2,000 dan tidak melebihi BND10,000 dan bagi kesalahan kedua atau berikutnya boleh dikenakan denda tidak kurang dari BND10,000 dan tidak melebihi BND30,000, dihukum penjara bagi suatu tempoh tidak melebihi 12 bulan atau kedua-duanya sekali.

 

Operasi pemantauan harian ini adalah bertujuan bagi memastikan kebersihan persekitaran agar lebih terjaga dan mana-mana individu atau syarikat yang melakukan pembuangan sampah secara tidak bertanggungjawab akan dikenakan tindakan mengikut undang-undang yang telah disediakan.

 

Unit Penguatkuasaan, Jabatan Daerah Belait, sentiasa memberi peringatan kepada mana-mana individu ataupun badan-badan korporat agar mematuhi segala peraturan dan undang-undang yang berkuat kuasa di negara ini bagi sama-sama menjaga kebersihan kawasan dan alam sekitar dengan membuang bahan-bahan buangan di kawasan yang telah disediakan oleh pihak kerajaan Negara Brunei Darussalam.

 

Sebarang aduan, bolehlah menghubungi di talian 3334335 ext/sambungan 1404 atau 1153 (Unit Penguatkuasaan).

 

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Myanmar Stops Men From Working Abroad As War Intensifies

 2024-05-04 00:38:42

Have The Wheels Come Off For Tesla?

 2024-05-04 07:51:07