FacebookInstagramTwitterContact

 

Hibiscus Tea Improves Blood Flow, Reduces Risk Of Cardiovascular Disease           >>           Beer Brewed To Music And A Crystal Castle — How To Have An A-List Getaway In Byron Bay           >>           Sleep Is Good For Your Heart, Reduces Risk Of CVD, According To Study           >>           Black Nightshade Reduces Growth Of Cancerous Tumors           >>           You Won't Be Able To Unsee Ryan Gosling's La La Land Confession           >>           Kate Middleton And Prince William’s Designer Friend Says They’re “Going Through Hell”           >>           Eta Aquarid Meteor Shower Peak Could Spawn Over 100 'Shooting Stars' Per Hour This Weekend           >>           Nintendo blitzes GitHub with over 8,000 emulator-related DMCA takedowns           >>           X Is Using Grok To Publish AI-Generated News Summaries           >>           Microsoft’s latest Windows security updates might break your VPN           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Sijil Halal Dirampas Berikutan Penggunaan Berus Bulu Khinzir


 


 August 25th, 2023  |  08:29 AM  |   89 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Pegawai-Pegawai Penguatkuasaan Bahagian Kawalan Makanan Halal, Jabatan Hal Ehwal Syariah baru-baru ini menjalankan satu operasi di salah sebuah tempat perniagaan bersijil halal yang terletak di Kampung Lambak, Jalan Berakas.

 

Operasi tersebut dijalankan berikutan maklumat yang diterima mengenai penggunaan berus berjenama Sancora dan tiga berus yang tidak mempunyai jenama yang diperbuat daripada bulu khinzir.

 

Berikutan operasi tersebut, Sijil Halal tempat perniagaan berkenaan telah dirampas dengan serta merta dan diarahkan untuk melaksanakan aktiviti penyertuan di tempat pemprosesan makanan yang tercemar.

 

Manakala kesemua makanan yang tercemar juga diarahkan untuk dilupuskan dengan serta merta. Kes disiasat di bawah Bab 37, Perintah Sijil Halal dan Label Halal, 2005.

 

Sehubungan dengan itu, Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) juga ingin mengingatkan kepada pemilik, pengurus, pengusaha, peniaga, pembekal dan pengimport produk dan barang gunaan di negara ini supaya sentiasa berwaspada dan lebih peka terhadap produk-produk dan barang gunaan import yang akan dijual kepada orang ramai di pasar raya atau kedai masing-masing dengan memastikan produk-produk yang halal dan suci tidak bercampur dengan yang tidak halal.

 

Ini demi menjaga maslahat masyarakat Islam di negara ini dari terjebak mengambil dan menggunakan produk dan barang gunaan yang tidak halal.

 

Di samping itu, KHEU turut mengalu-alukan orang ramai yang ingin membuat aduan serta perkongsian maklumat mengenai penjualan produk-produk tidak halal secara terbuka di tempat-tempat perniagaan, bolehlah berhubung terus ke Jabatan Hal Ehwal Syariah melalui Bahagian Kawalan Makanan Halal dengan menghubungi talian Hotline +673 7166222 atau mana-mana pejabat Bahagian Kawalan Makanan Halal di setiap daerah.

 

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Myanmar Stops Men From Working Abroad As War Intensifies

 2024-05-04 00:38:42

Have The Wheels Come Off For Tesla?

 2024-05-04 07:51:07