FacebookInstagramTwitterContact

 

Hibiscus Tea Improves Blood Flow, Reduces Risk Of Cardiovascular Disease           >>           Beer Brewed To Music And A Crystal Castle — How To Have An A-List Getaway In Byron Bay           >>           Sleep Is Good For Your Heart, Reduces Risk Of CVD, According To Study           >>           Black Nightshade Reduces Growth Of Cancerous Tumors           >>           You Won't Be Able To Unsee Ryan Gosling's La La Land Confession           >>           Kate Middleton And Prince William’s Designer Friend Says They’re “Going Through Hell”           >>           Eta Aquarid Meteor Shower Peak Could Spawn Over 100 'Shooting Stars' Per Hour This Weekend           >>           Nintendo blitzes GitHub with over 8,000 emulator-related DMCA takedowns           >>           X Is Using Grok To Publish AI-Generated News Summaries           >>           Microsoft’s latest Windows security updates might break your VPN           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Pasar Tani Temburong Promosikan Usahawan Tempatan


 


 August 25th, 2023  |  08:31 AM  |   105 views

TEMBURONG

 

Darussalam Enterprise (DARe) dengan kerjasama Jabatan Daerah Temburong akan menganjurkan Pasar Tani Temburong, iaitu sebuah acara perintis dihasrat untuk memperkukuhkan aktiviti keusahawanan di Daerah Temburong.

 

Acara tersebut akan menghimpunkan para petani, pengeluar produk tempatan dan mereka yang mahir dalam pertukangan untuk mempamerkan hasil tanaman segar, barangan buatan tangan dan produk-produk lain mereka secara terus kepada pengguna.

 

Pasar Tani Temburong, akan diadakan pada 26 hingga 27 Ogos 2023 di kawasan Supertree dan Kompleks Bumiputera Daerah Temburong, dibukakan bermula jam 9:00 pagi hingga 9:00 malam pada Sabtu dan bermula 8:00 pagi hingga 6:00 petang pada Ahad.

 

Antara objektif penganjurannya adalah untuk mencapai pelbagai objektif iaitu menyediakan platform sokongan bagi usahawan sedia ada, di samping untuk menarik bakat baharu di Daerah Temburong dan menyediakan mereka dengan jalan untuk mempamerkan produk dan perkhidmatan mereka, serta untuk menarik pengunjung dari daerah lain untuk merasai sendiri keunikan yang ditawarkan di Daerah Temburong.

 

DARe berhasrat menjadikan Pasar Tani Temburong sebagai pemangkin untuk mempromosikan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PKS) tempatan dan produk serta perkhidmatan yang ditawarkan.

 

Melalui pasaran fizikal dan luar talian ini, DARe bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan penghargaan terhadap kreativiti, pertukangan tangan dan inovasi usahawan tempatan.

 

Konsep reka bentuk pasaran berkenaan mencerminkan inti pati semangat masyarakat dan kepelbagaian budaya yang terdapat di Daerah Temburong.

 

Dengan mewujudkan ruang untuk memupuk hubungan bermakna antara vendor dan pengguna, acara tersebut bertujuan untuk meraikan kekayaan warisan dan tradisi Negara Brunei Darussalam.

 

Sehubungan itu, DARe mengalu-alukan orang ramai untuk berkunjung ke Pasar Tani Temburong bagi sama-sama menyokong pengusaha tempatan.

 

Untuk maklumat lanjut, ikuti laman media sosial Facebook dan Instagram DARe '@darussalamenterprise'.

 

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Myanmar Stops Men From Working Abroad As War Intensifies

 2024-05-04 00:38:42

Have The Wheels Come Off For Tesla?

 2024-05-04 07:51:07