FacebookInstagramTwitterContact

 

Hibiscus Tea Improves Blood Flow, Reduces Risk Of Cardiovascular Disease           >>           Beer Brewed To Music And A Crystal Castle — How To Have An A-List Getaway In Byron Bay           >>           Sleep Is Good For Your Heart, Reduces Risk Of CVD, According To Study           >>           Black Nightshade Reduces Growth Of Cancerous Tumors           >>           You Won't Be Able To Unsee Ryan Gosling's La La Land Confession           >>           Kate Middleton And Prince William’s Designer Friend Says They’re “Going Through Hell”           >>           Eta Aquarid Meteor Shower Peak Could Spawn Over 100 'Shooting Stars' Per Hour This Weekend           >>           Nintendo blitzes GitHub with over 8,000 emulator-related DMCA takedowns           >>           X Is Using Grok To Publish AI-Generated News Summaries           >>           Microsoft’s latest Windows security updates might break your VPN           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


2 Peserta Negara Sertai Musabaqah Antarabangsa King Abdul Aziz


 


 August 25th, 2023  |  08:34 AM  |   116 views

BERAKAS

 

Dua peserta Negara Brunei Darussalam (NBD) iaitu Awang Muhammad Adi Syazani@Muhammad Izz Raziq bin Shahri dan Awang Ahmad Huzaifah bin Haji Awang Hasbi, pagi tadi berlepas meninggalkan negara bagi menyertai Musabaqah Antarabangsa King Abdul Aziz bagi Menghafaz, Membaca dan Mantafsir Al-Quran di Mekah Al-Mukarramah yang akan berlangsung selama 13 hari bermula pada Jumaat 25 Ogos hingga Rabu 6 September 2023.

 

Hadir di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei bagi mengucapkan selamat belayar ialah Ketua Bahagian Kemajuan Syi'ar Islam, Awang Hassan Baha bin Haji Umar; Pengetua Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah (ITQSHHB), Pengiran Haji Amiruddin bin Pengiran Haji Damit; Dekan Fakulti Usuluddin, Universiti Islam Sultan Sharif Ali Profesor, Dato' Dr. Mohd. Fakhrudin bin Abdul Mukti dan Pemangku Ketua Bahagian Perhubungan Awam, Antarabangsa dan MABIMS, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Pengiran Muhammad Azrin bin Pengiran Jarail.

 

Turut mengiringi peserta negara ke Musabaqah berkenaan ialah Pegawai Pelajaran ITQSHHB, Awang Muhammad Najib bin Haji Aliakhbar, selaku Pengurus rombongan merangkap Jurulatih.

 

Awang Muhammad Adi Syazani@Muhammad Izz Raziq bin Shahri akan mewakili Negara dalam Musabaqah Menghafaz Kategori 30 Juz Al-Quran.

 

Beliau merupakan pelajar Tahun 2, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) dalam jurusan Sarjana Muda Tahfiz dan Qiraat, Fakulti Usuluddin dan merupakan lepasan pelajar Diploma 'Aliah Qira'at, ITQSHHB.

 

Beliau pernah menyandang naib johan Kategori E (30 Juz Al-Quran) di Musabaqah menghafaz Al-Quran Berserta Pemahamannya Peringkat Akhir Kebangsaan Tahun 1444H / 2023M dan juga lulus Ujian Tasmi' 30 Juz Al-Quran.

 

Manakala pelajar Tahun 1 Diploma 'Aliah Qira'at, ITQSHHB, Awang Ahmad Huzaifah bin Haji Awang Hasbi akan menyertai Musabaqah Menghafaz Kategori 15 Juz Al-Quran.

 

Beliau merupakan johan Kategori D (15 Juz Al-Quran) di Musabaqah Menghafaz Al-Quran Berserta Pemahamannya Peringkat Akhir Kebangsaan Tahun 1444H / 2023M dan juga lulus Ujian Tasmi' 10 Juz Al-Quran.

 

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Myanmar Stops Men From Working Abroad As War Intensifies

 2024-05-04 00:38:42

Have The Wheels Come Off For Tesla?

 2024-05-04 07:51:07