FacebookInstagramTwitterContact

 

Hibiscus Tea Improves Blood Flow, Reduces Risk Of Cardiovascular Disease           >>           Beer Brewed To Music And A Crystal Castle — How To Have An A-List Getaway In Byron Bay           >>           Sleep Is Good For Your Heart, Reduces Risk Of CVD, According To Study           >>           Black Nightshade Reduces Growth Of Cancerous Tumors           >>           You Won't Be Able To Unsee Ryan Gosling's La La Land Confession           >>           Kate Middleton And Prince William’s Designer Friend Says They’re “Going Through Hell”           >>           Eta Aquarid Meteor Shower Peak Could Spawn Over 100 'Shooting Stars' Per Hour This Weekend           >>           Nintendo blitzes GitHub with over 8,000 emulator-related DMCA takedowns           >>           X Is Using Grok To Publish AI-Generated News Summaries           >>           Microsoft’s latest Windows security updates might break your VPN           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Bengkel Dedahkan Peserta Mengenai Jenis-Jenis Resensi


 


 August 25th, 2023  |  09:55 AM  |   76 views

BERAKAS

 

Sebanyak dua buah buku puisi terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dijadikan sebagai bahan bengkel untuk di resensi pada Bengkel Penulisan Resensi Buku Sastera Kreatif: Puisi sempena Bulan Bahasa 2023 yang diadakan di Dewan Pateh Berbai, DBP, di sini.

 

Sehubungan itu. bengkel yang diadakan selama dua hari bermula kelmarin berakhir petang tadi dengan Majlis Penutup dan Penyampaian Sijil kepada para peserta dan pembimbing bengkel yang disempurnakan oleh tetamu khas majlis, Pemangku Pengarah DBP, Awang Suip bin Haji Abdul Wahab.

 

Bengkel tersebut adalah kesinambungan daripada Program Resensi Buku Sastera Kreatif yang telah diadakan pada Isnin, 7 Ogos 2023 di Dewan Perpaduan, Pusat Persidangan Antarabangsa Berakas, semasa Pesta Buku Brunei 2023 dianjurkan.

 

Antara objektif bengkel ialah untuk memahami mesej dan dapat menyenaraikan faktor-faktor menarik dalam sesebuah buku puisi; memahami dan mendalami tajuk buku, melatih dan merangka penulisan berdasarkan kesesuaian tajuk yang dipilih; menentukan arah atau batasan dalam penulisan, berfikir secara kritis dalam mengembangkan setiap elemen; dan memberi motivasi untuk mengasah bakat dalam arena penulisan.

 

Melalui bengkel tersebut para peserta juga dapat mempelajari jenis-jenis resensi, serta dalam masa yang sama diberi pendedahan kepada tanggungjawab sebagai seorang pembaca dalam menilai karya-karya sastera kreatif, dan diberi ruang untuk memahami dan mengulas karya-karya secara singkat, ringkas dan padat.

 

Bengkel Penulisan Resensi Buku Sastera Kreatif: Puisi itu dibimbing oleh Dr. Haji Morsidi bin Haji Muhamad (Penerima Anugerah Penulis Asia Tenggara Tahun 2021).

 

Sasaran bengkel adalah untuk menggalakkan penyertaan peraduan iaitu Peraduan Penulisan Resensi Buku Puisi yang dirancang dibukakan pada hujung bulan Ogos atau awal bulan September 2023, di mana jumlah peserta adalah terhad bertujuan agar setiap peserta dapat melalui sentuhan 'trainer one-to-one' sepanjang bengkel.

 

Sementara, sasaran peserta adalah dari kalangan pegawai dan kakitangan dari jabatan-jabatan di bawah Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan; mahasiswa-mahasiswi Universiti Brunei Darussalam, Universiti Islam Sultan Sharif Ali, dan Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan, guru-guru aliran sastera; pelajar-pelajar dari Institusi Pengajian Tinggi; Pengkaji-pengkaji Sastera; dan orang persendirian.

 

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Myanmar Stops Men From Working Abroad As War Intensifies

 2024-05-04 00:38:42

Have The Wheels Come Off For Tesla?

 2024-05-04 07:51:07