FacebookInstagramTwitterContact

 

Hibiscus Tea Improves Blood Flow, Reduces Risk Of Cardiovascular Disease           >>           Beer Brewed To Music And A Crystal Castle — How To Have An A-List Getaway In Byron Bay           >>           Sleep Is Good For Your Heart, Reduces Risk Of CVD, According To Study           >>           Black Nightshade Reduces Growth Of Cancerous Tumors           >>           You Won't Be Able To Unsee Ryan Gosling's La La Land Confession           >>           Kate Middleton And Prince William’s Designer Friend Says They’re “Going Through Hell”           >>           Eta Aquarid Meteor Shower Peak Could Spawn Over 100 'Shooting Stars' Per Hour This Weekend           >>           Nintendo blitzes GitHub with over 8,000 emulator-related DMCA takedowns           >>           X Is Using Grok To Publish AI-Generated News Summaries           >>           Microsoft’s latest Windows security updates might break your VPN           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Pertandingan Inovasi Produk Halal Labuh Tirai


 


 August 25th, 2023  |  09:57 AM  |   67 views

SINAUT

 

Projek bertajuk 'Development of Halalan-Tayyiban Plant-Based Cheese Formulations' yang dilaksanakan oleh Hasna Basirah dan Profesor Beston Nore dari Universiti Teknologi Brunei (UTB) meraih tempat pertama pada Pertandingan Inovasi Produk Halal kali ke-3 2023 anjuran Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Pusat Penyelidikan Halalan Thayyiban (PPHT), sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai BND300.

 

Manakala tempat kedua pula milik Md Haziq Aiman bin Azri Irwandy, Nabilah Ulfah binti Haji Jopry, Nur Jeslina binti Hasnal, Radi'atul Ewana Shafina binti Abdul Rahman dan Dayang Hajah Yumni Syakirah binti Haji Othman, peserta dari UNISSA, dengan projek produk inovasi mereka bertajuk 'KATA Pocket Translator Device' dan menerima hadiah BND250.

 

Sementara, Nur Atikah Fariah binti Muhammad Asrul, Nor Husna 'Afifi binti Zulhilmi, Dk Noorwatriyah Thaqifah binti Pengiran Haji Asri Sukaimi, Hajah Nur Munawwarah binti Haji Brahim, Nur Nabiilah binti Haji Ramlli, Nur Ilya Maisarah binti Haji Mohd Yassin, Nurul 'Izzati binti Haji Kamri dan Nurzianatul Rasyidah binti Nasib pula mendapat tempat ketiga menerima wang tunai BND200 dengan produk inovasi bertajuk 'Preserving Consumer Rights through Brunei Halal Scanner'.

 

Majlis pengumuman dan penyampaian hadiah dan sijil kepada pemenang-pemenang Pertandingan Inovasi Produk Halal ini diadakan di Dewan Al-Rayyan, UNISSA, Kampus Sinaut, dan disempurnakan oleh Pengarah Pusat Penyelidikan Halalan Thayyiban, Pengiran Dr. Hajah Norkhairiah binti Pengiran Haji Hashim selaku tetamu kehormat.

 

Terdahulu, majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah, diikuti dengan rumusan pandangan salah seorang panel juri mengenai projek-projek para peserta, penyampaian sijil dan cenderahati kepada para juri dan diselajurkan dengan penyampaian hadiah dan sijil kepada pemenang bagi pertandingan tersebut.

 

Pertandingan ini diselaraskan oleh Penolong Pensyarah, Nor Surilawana Haji Sulaiman bersempena dengan Mahrajan Hafl al-Takharruj kali ke-13, UNISSA sepanjang bulan Ogos 2023 di mana ia menampilkan penyertaan dari beberapa pelajar Institut Pengajian Tinggi di negara ini.

 

Pertandingan ini bertujuan sebagai satu platform untuk menggalakkan para pelajar untuk mempamerkan produk, projek dan kreativiti serta idea inovatif mereka kepada orang ramai.

 

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Myanmar Stops Men From Working Abroad As War Intensifies

 2024-05-04 00:38:42

Have The Wheels Come Off For Tesla?

 2024-05-04 07:51:07