Home > Bahasa Melayu
Pupuk Minat Bertani Dalam Kalangan Belia
August 25th, 2023 | 10:03 AM | 72 views
TUTONG
Seramai 50 peserta telah menghadiri Program Mini Agritalk Sharing Session anjuran Fakulti Pertanian, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) yang berlangsung di Kampus Sinaut UNISSA, di sini.
Sesi perkongsian yang diadakan pada sebelah pagi dan petang tersebut adalah bersempena dengan Mahrajan Ke-13 universiti berkenaan.
Program ini telah menjemput pengusaha-pengusaha dari industri pertanian tempatan untuk berkongsi sama ilmu pengetahuan dan pengalaman mereka bersama pelajar-pelajar dan orang ramai.
Antara pengusaha jemputan yang terlibat bersama ialah Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Pengiran Haji Isa bin Pengiran Haji Aliuddin dari Maya Breeder Farm; Pengiran Dato Haji Abd Rahman bin PSI Pengiran Haji Ismail dari RZ Prisma Enterprise; Awang Mohd. Faiyadh Syairazie bin Anwari dari Ibnu Anwari Enterprise dan juga Ahmad Fathi bin Dr. Haji Norarfan dari Fatih Aquaculture.
Program ini dihasrat untuk meraikan hubungan kerjasama antara Fakulti Pertanian, UNISSA dan Industri Pertanian tempatan serta mengetengahkan industri pertanian kepada pelajar-pelajar dan orang ramai bagi meningkatkan profil dan produk-produk industri pertanian tempatan selain memupuk minat bertani dalam kalangan belia.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]