FacebookInstagramTwitterContact

 

Miscellaneous Offences Act 2021           >>           Temporary Road Closure           >>           Temporary Closure of Petrol Stations           >>           Blood Donation Campaign           >>           Study Visit           >>           Discussion Session           >>           Village Head Appointment Certificate Presentation           >>           Presentation of Letters of Appointment and Incentive           >>           Opening Ceremony of School Leaders Convention           >>           Tahlil Ceremony           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Pupuk Inovasi, Pertumbuhan Bagi Semua Kategori Perusahaan


 


 August 25th, 2023  |  10:06 AM  |   75 views

AMERIKA SYARIKAT

 

Mesyuarat APEC WEF High-Level Policy Dialogue on Women and the Economy yang diadakan pada 20 Ogos 2023, telah dipengerusikan oleh Assistant to the President and Director of the White House Gender Policy Council, The White House, Ms. Jennifer Klein manakala Mesyuarat 29th SME Ministerial Meeting yang diadakan pada 21 Ogos 2023, telah dipengerusikan oleh Under Secretary for International Trade, United States Department of Commerce, Marisa Lago.

 

Mengetuai rombongan Negara Brunei Darussalam (NBD) yang terdiri daripada pegawai-pegawai wanita ke mesyuarat-mesyuarat tersebut adalah Timbalan Setiausaha Tetap (Perdagangan dan Industri) di Kementerian Kewangan dan Ekonomi, Awang Mohammad Harris bin Brigedier Jeneral (B) Dato Paduka Haji Ibrahim.

 

Mesyuarat-mesyuarat berkenaan juga telah dihadiri oleh Menteri-menteri daripada Ahli-ahli Ekonomi APEC, APEC Business Advisory Council dan Pengarah Eksekutif Sekretariat APEC, Tan Sri Datuk Dr. Rebecca Fatima Sta Maria.

 

Pada Mesyuarat APEC WEF High-Level Policy Dialogue on Women and the Economy dan Joint Session between the WEF and the SME Ministerial Meeting, para Menteri-menteri dan Ketua-ketua Rombongan bertukar pendapat mengenai usaha dalam memajukan keupayaan kaum wanita untuk bertindak balas terhadap cabaran-cabaran alam sekitar termasuk perubahan iklim, cuaca melampau dan bencana alam.

 

Dengan tema 'Ensuring the greater integration and empowerment of women in the Asia Pacific region and Women's access to Leadership Positions', perbincangan memfokuskan kepada sokongan APEC terhadap program 'mentorship' dan kepimpinan bagi meningkatkan kemahiran dan melatih kaum wanita dan kanak-kanak perempuan dalam menangani cabaran alam sekitar yang mendesak.

 

Dalam ucapan pembukaan beliau, Ms. Jennifer Klein menjelaskan objektif utama WEF pada tahun ini adalah penting dalam menggalakkan pertumbuhan ekonomi termasuk dalam memajukan kesaksamaan jantina sebagai tindak balas APEC terhadap perubahan iklim; memperluaskan inovasi dan inklusif digital; mengukuhkan ekonomi penjagaan dan menggalakkan ekuiti dan kesaksamaan di dalam rantaian bekalan.

 

Beliau juga menyeru sektor swasta untuk bekerjasama dengan pihak kerajaan dalam melanjutkan pemerkasaan ekonomi wanita, termasuk melalui pengubahsuaian operasi perniagaan bagi mempromosikan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) yang diterajui wanita dalam rantaian bekalan global.

 

Pelaburan dalam penjagaan kanak-kanak dan infrastruktur penjagaan lain untuk pekerja dan mempromosikan kesaksamaan jantina juga harus disepadukan sebagai bahagian teras model perniagaan korporat.

 

Semasa sesi pertukaran pendapat, Awang Mohammad Harris mengambil maklum bahawa APEC berkedudukan baik untuk mempromosikan dan menyokong secara aktif pembangunan kemahiran kempimpinan kaum wanita serta menyediakan peluang kebimbingan.

 

Beliau juga mengongsikan pendapat bahawa APEC dapat memudahkan penyelarasan usaha awam dan swasta yang lebih kukuh melalui program dan dasar pembinaan kapasiti yang memberi insentif pelaburan lanjut terhadap usahawan wanita yang menangani isu-isu alam sekitar.

 

APEC juga dapat menerima pakai langkah-langkah ketara untuk meningkatkan daya tahan ekonomi tidak formal bagi menangani cabaran ekonomi dan alam sekitar melalui kerjasama sektor awam dengan institusi mikro dan bank demi membangun dan menyampaikan program celik kewangan, skim simpanan dan produk kewangan yang inklusif.

 

Mesyuarat APEC WEF High-Level Policy Dialogue on Women and the Economy diikuti oleh Joint Session between the WEF and the SME Ministerial Meeting, di mana perbincangan memberi tumpuan kepada memperluaskan akses perniagaan milik wanita kepada rantaian nilai global, mempromosikan keusahawanan wanita melalui e-Dagang serta inovator wanita dan perubahan iklim.

 

Dalam hal ini, Awang Muhammad Harris telah mengongsikan usaha NBD dalam menggalakkan pertumbuhan PMKS termasuk perniagaan milik wanita dan yang diterajui oleh wanita, melalui pelbagai inisiatif di peringkat domestik dan serantau seperti Skim Special Entrepreneurial Empowerment and Development (SEED) serta Academy for Women Entrepreneurs yang diterajui oleh Amerika Syarikat.

 

Turut hadir semasa Mesyuarat APEC WEF High-Level Policy Dialogue on Women and the Economy adalah pegawai-pegawai dari Kementerian Kewangan dan Ekonomi serta Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

 

Kenyataan Pengerusi bagi Mesyuarat 2023 APEC WEF boleh didapati melalui pautan Chair's Statement of the APEC 2023 Women and the Economy Forum | APEC.

 

Sementara itu, The 29th Small and Medium Enterprises (SME) Ministerial Meeting tertumpu kepada beberapa tema termasuk pemerkasaan PMKS di pasaran global melalui akses kepada rantaian nilai global serta alat dan tekonologi digital, PMKS dan peralihan hijau serta peluang perkembangan bagi mereka yang mempunyai potensi ekonomi yang belum diterokai.

 

Semasa ucapan pembukaan beliau, Under Secretary Marisa Lago menekankan kepentingan di dalam mengekalkan kesalinghubungan di antara pihak kerajaan dan perusahaan-perusahaan kecil sebagai cara untuk menyesuaikan diri dalam dunia yang terus berkembang.

 

Beliau juga menyeru Ahli-ahli Ekonomi APEC untuk bekerjasama bagi mewujudkan persekitaran yang membolehkan untuk memupuk inovasi dan pertumbuhan bagi semua kategori perusahaan, termasuk yang dimiliki atau diterajui oleh individu yang mempunyai potensi ekonomi yang belum diterokai. Penglibatan perusahaan-perusahaan kecil ke dialog dasar juga akan mengukuhkan usaha dalam mewujudkan masa depan yang inklusif untuk semua.

 

Dalam mengongsikan pandangan NBD mengenai memperluaskan peluang bagi mereka yang mempunyai potensi ekonomi yang belum diterokai, Awang Mohammad Harris berkongsi usaha untuk meningkatkan peluang penyertaan bagi usahawan tempatan termasuk PMKS, melalui inisiatifinisiatif seperti sokongan latihan kemahiran untuk orang yang mempunyai kebolehan yang berbeza melalui Pusat Pembangunan Belia dan inisiatif Digital for All yang mana ia menawarkan sokongan latihan kemahiran kepada warga emas.

 

Selanjutnya, di bawah agensi pertumbuhan dan pembangunan PMKS, Darussalam Enterprise (DARe), inisiatif DARe Links memberikan peluang kepada PMKS tempatan untuk mengambil bahagian di dalam rantaian bekalan pertubuhan dan syarikat besar seperti syarikat berkaitan kerajaan, badan berkanun dan pelaburan langsung asing.

 

Juga hadir semasa Mesyuarat 29th SME Ministerial Meeting adalah pegawai-pegawai dari Kementerian Kewangan dan Ekonomi serta DARe.

 

Kenyataan Pengerusi bagi Mesyuarat 29th SME Ministerial Meeting yang lengkap boleh didapati melalui pautan Chair's Statement of the 29th APEC Small and Medium Enterprises Ministerial Meeting | APEC.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

'Close Enough To See Their Faces': Chased Down By China In South China Sea

 2024-05-02 00:57:36

Tesla Staff Say Firm's Entire Supercharger Team Fired

 2024-05-02 00:12:47