FacebookInstagramTwitterContact

 

Miscellaneous Offences Act 2021           >>           Temporary Road Closure           >>           Temporary Closure of Petrol Stations           >>           Blood Donation Campaign           >>           Study Visit           >>           Discussion Session           >>           Village Head Appointment Certificate Presentation           >>           Presentation of Letters of Appointment and Incentive           >>           Opening Ceremony of School Leaders Convention           >>           Tahlil Ceremony           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Syukuri, Hargai Peluang Yang Diberikan


 


 August 25th, 2023  |  10:50 AM  |   65 views

BERAKAS

 

Pemangku Pegawai Tugas-Tugas Khas Kanan, Jabatan Pengurusan Biasiswa, Dayang Rosimah Sumaimah binti Haji Matassim menasihatkan serta mengingatkan para pelajar sama ada yang akan mengikuti pengajian di luar negara mahupun di sekolah-sekolah antarabangsa dalam negara untuk sentiasa mengekalkan jati diri serta memartabatkan budaya orang Brunei, mengutamakan akhlak yang baik, dengan ugama menjadi pegangan yang kuat dan berpegang teguh kepada falsafah Melayu Islam Beraja.

 

Terdahulu beliau menjelaskan, dalam hasrat untuk merealisasikan matlamat pertama dalam Wawasan Brunei 2035 iaitu untuk melahirkan rakyat yang berpendidikan, berkemahiran tinggi dan berjaya, pihak Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah banyak membuat pelaburan dalam bidang pendidikan.

 

“Ini adalah termasuk penyediaan Skim-skim Biasiswa yang juga bertujuan untuk melahirkan generasi pelapis yang mempunyai daya pemikiran kritis, dinamik dan berdaya saing, berpotensi sebagai pemimpin penerus bangsa yang berilmu tinggi, berkaliber dan mempunyai kematangan jati diri dan seterusnya memacu pertumbuhan sosioekonomi negara," ujarnya semasa Majlis Penganugerahan Biasiswa Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia bagi pelajar-pelajar di bawah Skim Biasiswa Ke Luar Negeri bagi melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda di institusi-institusi luar negara dan Skim Biasiswa Khas Dalam Negeri untuk mengikuti pengajian ke Peringkat Menengah dan Pra-Universiti di Jerudong International School (JIS) dan International School Brunei (ISB) bagi Sesi Akademik 2023 / 2024.

 

Oleh itu, tambahnya, adalah diharap para pelajar untuk sentiasa mensyukuri, menghargai dan tidak mempersia-siakan peluang yang diberikan dan gunakanlah peluang itu sebaiknya di mana peluang yang diberikan adalah merupakan pengalaman yang amat berharga.

 

Selain itu, katanya lagi, adalah diharapkan agar para pelajar menanai tanggungjawab sebagai seorang pelajar Biasiswa Kerajaan dengan sentiasa memberikan tumpuan sepenuhnya kepada pengajian yang diikuti.

 

“Tanamkanlah tekad di dalam diri untuk menabur bakti kepada bangsa dan negara dengan kembali ke tanah air dan berkhidmat dengan kerajaan setelah selesai mengikuti pengajian masing-masing, dengan menyumbangkan ilmu-ilmu dan kemahiran yang telah diperoleh," jelasnya.

 

Hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya menyampaikan sijil-sijil penganugerahan pada majlis yang berlangsung di Dewan Persidangan Utama, Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas, di sini ialah Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Datin Seri Setia Dr. Hajah Romaizah binti Haji Md. Salleh.

 

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Kesyukuran yang dipimpin oleh Pegawai Hal Ehwal Masjid, Jabatan Hal Ehwal Masjid, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Awang Mohammad Zahid Zakhwan@Mohammad Thaib Hasbullah bin Mohd. Said.

 

Seramai 92 pelajar berjaya menerima Biasiswa Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia di bawah Skim Biasiswa Ke Luar Negeri pada peringkat Ijazah Sarjana Muda.

 

Manakala, seramai 20 pelajar pada Peringkat Menengah dan 20 pelajar pada peringkat Pra-Universiti juga dianugerahkan Biasiswa Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia di bawah Skim Biasiswa Khas Dalam Negeri.

 

Dayang Ilyana Syahirah binti Haji Jasrin yang akan melanjutkan pengajian di International School Brunei berpendapat, peluang dianugerahkan biasiswa dapat mendorongnya untuk terus berusaha dengan gigih dalam pembelajaran.

 

Dayang Ilyana Syahirah berharap agar dapat menggunakan dengan sebaiknya, segala ilmu dan pengalaman yang disumbangkan melalui biasiswa tersebut untuk kegunaan masa depan yang boleh membantu negara dan masyarakat agar menjadi negara yang lebih baik dan dapat menangani semua cabaran dan dugaan yang dihadapi pada masa hadapan.

 

Turut hadir pada majlis tersebut Setiausaha Tetap (Pengajian Tinggi), Timbalan Setiausaha Tetap (Pengajian Tinggi), Timbalan Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras), ketua-ketua jabatan, pegawai-pegawai kanan dan pegawai-pegawai dari Kementerian Pendidikan serta para ibu bapa pelajar dan wakil dari sekolah-sekolah antarabangsa.

 

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

'Close Enough To See Their Faces': Chased Down By China In South China Sea

 2024-05-02 00:57:36

Tesla Staff Say Firm's Entire Supercharger Team Fired

 2024-05-02 00:12:47