Home > Bahasa Melayu
Perlawanan Badminton Persahabatan Eratkan Silaturahim
August 26th, 2023 | 07:27 AM | 66 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Pemain Badminton Veteran Bengkurong Community (BVBC) telah mengadakan Perlawanan Badminton Persahabatan dengan Pasukan Badminton Tekuyung Lawas Serawak, Malaysia.
Perlawanan Persahabatan tersebut diadakan di Dewan Kastam, Lawas, Sarawak dan Pasukan BVBC diketuai oleh Awang Haji Mohd. Alidin bin Haji Kura dan Pasukan Tekuyung BC diketuai Pengerusi, Abas Angas.
Objektif utama perlawanan persahabatan ini diadakan adalah untuk mengeratkan silaturahim dan merapatkan pemain-pemain kedua pasukan melalui aktiviti sukan yang telah lama dipraktikkan.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]