FacebookInstagramTwitterContact

 

Miscellaneous Offences Act 2021           >>           Temporary Road Closure           >>           Temporary Closure of Petrol Stations           >>           Blood Donation Campaign           >>           Study Visit           >>           Discussion Session           >>           Village Head Appointment Certificate Presentation           >>           Presentation of Letters of Appointment and Incentive           >>           Opening Ceremony of School Leaders Convention           >>           Tahlil Ceremony           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Timba Ilmu, Perluaskan Pengalaman


 


 August 26th, 2023  |  07:29 AM  |   57 views

TUTONG

 

Seramai 40 orang terdiri daripada belia Mukim Ukong dari Kampung Ukong, Kampung Bukit dan Kampung Long Mayan mengikuti program lawatan sambil belajar anjuran Biro Belia MPK Kampung Ukong, Tutong.

 

Program tersebut diadakan pada Selasa, 22 Ogos 2023 dan adalah bersempena cuti sekolah penggal kedua bagi tahun 2023, di mana para peserta dibawa melawat ke Ladang Kopi Ulu Belait dan Rumah Panjang Mendaram Besar Ulu Belait.

 

Rombongan lawatan diketuai oleh Ketua Biro Belia MPK Kampung Ukong, Mohamad Subhi bin Haji Julaihi, dan ikut serta semasa lawatan Ketua Kampung Ukong, Tutong, Muhammad Hakimi bin Abdullah Gampar.

 

Lawatan memberikan pendedahan khusus kepada belia-belia dan penduduk Mukim Ukong secara am bagi menimba ilmu dan pengalaman mengenai keusahawanan dalam bidang perniagaan, pertanian dan kebudayaan.

 

Selain itu, lawatan itu juga diadakan untuk mengisi masa lapang para belia dengan aktiviti berfaedah pada musim cuti persekolahan.

 

Ia secara tidak langsung menjadikan Biro Belia MPK Kampung Ukong satu platform bagi sama-sama membantu penduduk kampung untuk meningkatkan kemajuan ekonomi.

 

Antara objektif lawatan adalah untuk meningkatkan motivasi belia ke arah pencapaian yang lebih baik selaras dengan Wawasan 2035, meningkatkan komitmen, kesedaran, kerjasama dan rasa tanggungjawab bagi memajukan diri, bangsa dan negara serta mewujudkan hubungan erat an suasana muhibah dengan aktiviti yang dijalankan.

 

Sebelum lawatan dimulakan, para peserta berkumpul terlebih dahulu di kawasan lapang tapak sukan Kampung Ukong.

 

Doa selamat kemudian dibacakan dan perjalanan dimulakan ke Ladang Kopi Labi Ulu Belait di mana para peserta diberi penerangan dari pengurus ladang, Yong Khian Fook, mengenai pemprosesan serbuk kopi dan bagaimana ia dipasarkan.

 

Para peserta juga diberi peluang untuk melihat tanaman pohon-pohon kopi untuk melihat lebih dekat lagi buah-buah yang menghasilkan biji kopi.

 

Pada penghujung lawatan Ketua Biro Belia MPK Kampung Ukong menyampaikan sijil penghargaan kepada Yong Khian Fook selaku Pengurus Ladang Kopi Labi Ulu Belait.

 

Lawatan kemudian diteruskan ke Rumah Panjang Mendaram Besar di Ulu Belait, dan rombongan dialu-alukan oleh Ketua Rumah Panjang Mendaram Besar, Awang Berandi anak Jamau.

 

Semasa lawatan, Ahli Jawatankuasa Rumah Panjang Mendaram memberi penerangan mengenai peralatan dan aksesori yang melengkapi pakaian tradisi puak Iban.

 

Semasa lawatan juga belia dari Rumah Panjang Mendaram membuat persembahan tarian tradisi Puak Iban.

 

Rombongan lawatan juga berpeluang untuk melihat pameran dan produk hasil tangan penduduk Rumah Panjang Mendaram Besar.

 

Pada penghujung lawatan Ketua Biro Belia MPK Kampung Ukong menyampaikan sijil penghargaan kepada Ketua Rumah Panjang Mendaram Besar.

 

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

'Close Enough To See Their Faces': Chased Down By China In South China Sea

 2024-05-02 00:57:36

Tesla Staff Say Firm's Entire Supercharger Team Fired

 2024-05-02 00:12:47