FacebookInstagramTwitterContact

 

How To Watch Boeing's 1st Starliner Astronaut Launch On May 6 Live Online           >>           Jack Dorsey Says (On X) That He’s Not On The Bluesky Board Anymore           >>           Al Jazeera Office Raided As Israel Takes Channel Off Air           >>           Bushmills: Man Nailed To Fence In 'Sinister Attack'           >>           US Campus Protests: 'Student Arrests Will Be My Final College Memory'           >>           Is Zimbabwe Zigzagging Into Further Currency Chaos?           >>           Improve Standard of Living           >>           Brunei International Wushu Championship           >>           Educational Intervention Programme Briefing           >>           Conversion Ceremony           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Laksanakan Amalan Perniagaan Beretika


 


 August 26th, 2023  |  07:33 AM  |   55 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Jabatan Perancangan Ekonomi dan Statistik (JPES) di Kementerian Kewangan dan Ekonomi (MOFE) melalui Jabatan Hal Ehwal Pengguna ingin menasihatkan para peniaga untuk sentiasa mengamalkan amalan perniagaan yang beretika dan bertanggungjawab berikutan penahanan sementara kadar duti eksais bagi bahan mentah plastik dan produk plastik lain yang berkaitan yang diumumkan oleh MOFE pada 6 Julai 2023.

 

Para peniaga digalakkan untuk menerangkan dengan jelas mengenai perubahan harga yang berkaitan dengan perkembangan terkini cukai plastik, dan mengamalkan sikap bertanggungjawab dengan tidak menaikkan harga secara tidak munasabah, serta tidak memberi justifikasi yang boleh mengelirukan pengguna.

 

Semasa pemantauan yang dijalankan oleh JPES, para peniaga telah diingatkan untuk mempraktikkan amalan penetapan harga yang wajar bagi mengekalkan persekitaran perniagaan yang sihat dan meningkatkan kepercayaan pengguna, serta menyumbang kepada menjayakan inisiatif dalam memelihara alam sekitar.

 

Para pengguna digalakkan untuk menggunakan barangan kitar semula dan mesra alam ke arah menyokong pasaran dan ekonomi yang hijau serta mampan.

 

Sebarang pertanyaan mengenai kenaikan harga yang tidak munasabah berikutan penahanan sementara kadar duti eksais boleh disalurkan kepada JPES bagi penelitian lanjut. JPES akan terus memantau perkembangannya.

 

Pertanyaan boleh disalurkan melalui saluran rasmi aplikasi mudah alih PenggunaBijak dan Talian Darussalam 123 (TD123), dengan menyertakan keterangan aduan dan dokumen sokongan sebagai bukti.

 

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

North Korean Weapons Are Killing Ukrainians. The Implications Are Far Bigger

 2024-05-05 10:30:19

Have The Wheels Come Off For Tesla?

 2024-05-04 07:51:07