FacebookInstagramTwitterContact

 

How To Watch Boeing's 1st Starliner Astronaut Launch On May 6 Live Online           >>           Jack Dorsey Says (On X) That He’s Not On The Bluesky Board Anymore           >>           Al Jazeera Office Raided As Israel Takes Channel Off Air           >>           Bushmills: Man Nailed To Fence In 'Sinister Attack'           >>           US Campus Protests: 'Student Arrests Will Be My Final College Memory'           >>           Is Zimbabwe Zigzagging Into Further Currency Chaos?           >>           Improve Standard of Living           >>           Brunei International Wushu Championship           >>           Educational Intervention Programme Briefing           >>           Conversion Ceremony           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Kejohanan Terbuka Wadokai Karate Buka Tirai


 


 August 26th, 2023  |  07:37 AM  |   64 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Lebih daripada 400 atlet mewakili 13 Persatuan Karate dari Negara Brunei Darussalam (NBD), Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan berentap pada Kejohanan Terbuka Wadokai Karate yang membuka tirai kejohanan hari ini, di sini.

 

Kejohanan yang berlangsung di Pusat Belia di ibu negara bermula hari ini sehingga 27 Ogos di mana akan menyaksikan keempat-empat gaya terbesar Karate iaitu Wadokai, Shotokan, Shitorio dan Gojukai.

 

Kejohanan ini diungkayahkan dengan sokongan Persekutuan Karate Brunei (BRUKAF), Jabatan Belia dan Sukan serta Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, dengan komitmen daripada jawatankuasa dilantik terdiri daripada para ahli dan ibu bapa Wadokai Karate Brunei Darussalam (WKBD) di bawah kepimpinan Presiden WKBD, Haji Malai Jeffery bin Haji Malai Mohammed.

 

Sebanyak 82 pingat emas melalui 44 kategori, termasuk Kategori Perseorangan dan Berpasukan, Lelaki dan Perempuan dari pelbagai peringkat umur dan berat badan dalam Acara Kata dan Kumite.

 

Terdahulu, Dato Paduka Malai Haji Ali bin Malai Haji Othman selaku tetamu kehormat dalam ucapan berkata bahawa Kejohanan Karate yang dianjurkan oleh WKBD ini merupakan satu arena yang dedikasi, persahabatan dan semangat persaingan.

 

Dalam perjalanan dunia seni mempertahankan diri jelas beliau, adalah perjalanan yang diwarnai dengan tiga perkara iaitu tradisi kuno, prinsip disiplin dan pertumbuhan diri.

 

“Malah dalam era moden kita, nilai-nilai ini terus dikembangkan, khususnya melalui bidang seni mempertahankan diri dan Wadokai Karate menonjol sebagai simbol keharmonian kerana ia menggabungkan teknik yang diasah melalui latihan yang intensif dengan semangat persaingan dan keseronokan," ujarnya.

 

Tujuan kejohanan tersebut diadakan adalah untuk mempromosikan dan membangunkan sukan Karate di NBD, terutama sekali kepada para belia dan generasi anak muda sekali gus mencapai tahap terbaik bagi diri sendiri dan pasukan melalui semangat kesukanan Karate.

 

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

North Korean Weapons Are Killing Ukrainians. The Implications Are Far Bigger

 2024-05-05 10:30:19

Have The Wheels Come Off For Tesla?

 2024-05-04 07:51:07