FacebookInstagramTwitterContact

 

How To Watch Boeing's 1st Starliner Astronaut Launch On May 6 Live Online           >>           Jack Dorsey Says (On X) That He’s Not On The Bluesky Board Anymore           >>           Al Jazeera Office Raided As Israel Takes Channel Off Air           >>           Bushmills: Man Nailed To Fence In 'Sinister Attack'           >>           US Campus Protests: 'Student Arrests Will Be My Final College Memory'           >>           Is Zimbabwe Zigzagging Into Further Currency Chaos?           >>           Improve Standard of Living           >>           Brunei International Wushu Championship           >>           Educational Intervention Programme Briefing           >>           Conversion Ceremony           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Pelancaran Kempen Promosi BSM


 


 August 26th, 2023  |  07:47 AM  |   66 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Orang ramai kini berpeluang untuk menyertai Kempen Promosi Brunei Shell Marketing Company Sendirian Berhad (BSM), melalui dua promosi, iaitu Rewarding Jouney with Shell dan Shell Motorsports Series 2 Collection yang dilancarkan hari ini.

 

Promosi Rewarding Journey with Shell yang bermula dari 25 Ogos hingga 25 November 2023 nanti, menawarkan para pelanggan peluang mendapatkan barangan Shell yang ekslusif dan penyertaan ke dalam cabutan hadiah bulanan pada bulan Oktober dan November apabila mereka membuat pembelian mana-mana minyak pelincir Shell Helix atau Shell Rimula semasa tempoh promosi ini.

 

Semasa pengumuman promosi berkenaan berlangsung di BSM Collaborative Corner, Bangunan PGGMB, Customer Excellence Implementer, BSM, Awang Waliyuddini Zaini menjelaskan, dengan setiap pembelian minyak pelincir berkenaan semasa tempoh promosi ini, pelanggan layak bagi satu penyertaan cabutan bertuah bulanan di mana promosi berkenaan akan berakhir dengan cabutan hadiah utama pada bulan Disember, iaitu hadiah untuk tiga orang ke Dubai termasuk lawatan ke Ferrari World Abu Dhabi.

 

Bagi promosi ini, pelanggan boleh mengunjungi mana-mana kedai yang ikut serta termasuk bengkel-bengkel Shell Helix dan stesen-stesen minyak Shell.

 

Dalam pada itu, BSM, selaku pengedar utama minyak pelincir Shell di Negara Brunei Darussalam turut memperkenalkan Kod QR 'Untuk Pasaran Brunei' pada produk-produk minyak pelincirnya, bagi memastikan para pelanggan mendapatkan minyak pelincir yang berkualiti dan diiktiraf.

 

Pelanggan boleh mengimbas pelekat Kod QR pada penutup botol minyak pelincir berkenaan untuk mengenalpasti produk-produk minyak pelincir yang diedarkan oleh BSM.

 

Ketua Komersial, BSM, Dayang Erdiana binti Haji Abdul Halim berkata, Kod QR tersebut juga memiliki ciri-ciri anti pemalsuan (anti-counterfeit features) yang dihasilkan khusus untuk BSM di mana setiap satu daripada produk berkenaan mempunyai kod-kod yang berlainan.

 

Melalui pelekat Kod QR tersebut, pelanggan juga boleh ikut serta pada promosi Rewarding Journey with Shell dengan mengimbas Kod QR berkenaan dan memasukkan butir-butir penyertaan.

 

Sementara itu, bagi kempen promosi Shell Motorsport Series 2 Collection pula khusus bagi pelanggan yang membuat pembelian Shell V-Power dan minyak pelincir Shell di stesen-stesen minyak Shell.

 

Koleksi model kereta siri kawalan jauh Bluetooth kali ini menampilkan tujuh buah model terbaharu antaranya ialah Team Penske Ford Mustang GT, Team Penske Indycar, Hyundai i20 Rally 1 Hybrid, Nissan FE Team Gen 3 Car, BMW M Hybrid V8 dan Forze Hydrigen Racing Forze IX.

 

Bermula 25 Ogos 2023, pelanggan boleh membeli model kereta premium Ferrari F1-75 berharga BND10.90 dengan setiap pembelian minyak pelincir yang terpilih di mana-mana stesen minyak Shell.

 

Manakala bagi model kereta lainnya, pelanggan akan diberikan satu pelekat dengan setiap pembelian minyak Shell V-power BND5 dan bagi setiap empat pelekat terkumpul, pelanggan boleh mendapatkan satu koleksi model kereta dengan harga BND10.90 setiap satu.

 

Bukan itu sahaja, pelanggan juga boleh membeli Bateri Pintar Kawalan Jauh Bluetooth dengan harga BND9.90 di mana-mana stesen minyak berdekatan. Kempen ini akan berjalan sehingga 31 Disember 2023.

 

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

North Korean Weapons Are Killing Ukrainians. The Implications Are Far Bigger

 2024-05-05 10:30:19

Have The Wheels Come Off For Tesla?

 2024-05-04 07:51:07