Home > Bahasa Melayu
Bantu Penternak Akuakultur, Industri Ikan Tempatan
August 26th, 2023 | 07:48 AM | 62 views
SINAUT
Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Fakulti Pertanian (FoA) menganjurkan Bengkel Formulasi Makanan Ikan (Biogenic Fish Feed) bersempena dengan Mahrajan Hafl Al-Takharruj Ke-13.
Objektif bengkel ini diadakan adalah untuk membantu penternak akuakultur dan industri ikan di Negara Brunei Darussalam dalam mengurangkan kos pengimportan makanan ikan dari luar negara.
Bengkel ini dikendalikan oleh Penolong Kanan Profesor, FoA, Dr. Mohammad Bodrul Munir.
UNISSA telah menunjukkan kepada usahawan akuakultur tempatan dan pihak berkepentingan yang berkaitan cara merumus makanan ikan menggunakan bahan makanan tempatan.
Ia akan membantu mengekalkan harga ikan pada tahap yang berpatutan, menyediakan pekerjaan, peluang perniagaan kepada perusahaan mikro dan usahawan di luar bandar bagi menceburi bidang penternakan ikan serta menjadi pembekal bahan makanan mentah.
Biogenic Fish Feed ini berpotensi untuk dihasilkan secara komersial di persekitaran Borneo.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]