FacebookInstagramTwitterContact

 

Rains in southern Brazil kill at least 39, some 70 still missing           >>           More migrant dinghies cross Channel to England despite Rwanda threat           >>           Hari Raya Aidilfitri Celebration           >>           House Collapse Incident           >>           Visit to the Republic of Singapore           >>           Tahfiz Al-Quran Institute Higher Diploma Studies Enrolment           >>           Library Professionals Workshop           >>           Revolutionary AI for Property Valuation Seminar           >>           Road Closure           >>           Pipes Installation Work           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


72 Pelajar Tamat Perkhemahan Motivasi PIP YSHHB


 


 August 26th, 2023  |  07:49 AM  |   82 views

TUTONG

 

Perkhemahan Motivasi Program Intervensi Pendidikan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (PIP YSHHB) 2023 berakhir hari ini dengan Majlis Penutup yang berlangsung di Pusat Tingkatan Enam Tutong (PTET), Rancangan Perumahan Negara Bukit Beruang, di sini.

 

Hadir selaku tetamu kehormat ialah Penolong Pengarah Urusan Agensi Pelaburan Brunei, Awang Ahmad Jefri bin Abdul Rahman juga selaku Pemangku Pengarah Urusan dan Ahli Lembaga Pengarah YSHHB.

 

Seramai 72 pelajar terdiri daripada pelajar-pelajar Tahun 11 dan Darjah VI sekolah ugama yang mengikuti Projek Kelas Tuisyen di bawah PIP YSHHB dari tujuh pusat Kelas Tuisyen di seluruh negara terpilih menyertai Perkhemahan Motivasi tersebut yang telah diadakan selama tiga hari bermula 23 Ogos 2023 di PTET.

 

Terdahulu, majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan doa diikuti dengan ucapan daripada Ketua Komandan Perkhemahan, Awangku Hapizzulnazri bin Pengiran Ghani serta ucapan penghargaan daripada dua wakil peserta iaitu Awang Muhd. Nur Razeeq bin Abdul Razak dan Dayang Nurin Sakinah binti Md. Zulfikarali.

 

Seterusnya majlis dimeriahkan dengan persembahan daripada para peserta perkhemahan berkenaan.

 

Kemudian, penyampaian sijil penyertaan kepada para peserta dan penyampaian sijil-sijil penghargaan kepada fasilitator disempurnakan oleh tetamu kehormat majlis.

 

Semasa majlis ini, juga disampaikan sumbangan khusus untuk surau di PTET berupa 15 gulung sejadah dan enam buah kipas angin yang diterima oleh Pemangku Pengetua PTET, Awang Haji Azrin bin Haji Bolhassan.

 

Perkhemahan Motivasi merupakan salah satu projek di bawah PIP YSHHB dan diadakan sempena cuti penggal persekolahan.

 

Tujuan perkhemahan adalah bagi menanam semangat yang positif dan membangun serta membentuk para pelajar untuk menjadi orang yang beriman, berdisiplin, berkeyakinan, bertanggungjawab dan berwibawa yang menjadi asas untuk membantu mereka meraih kejayaan dalam kehidupan.

 

Projek Kelas Tuisyen di bawah PIP YSHHB adalah salah satu inisiatif YSHHB khusus bagi membantu mempertingkatkan pencapaian pendidikan anak-anak daripada keluarga yang berpendapatan rendah dan kurang berkemampuan yang dikenal pasti sebagai memerlukan bimbingan rapi dalam bidang akademik supaya mereka dapat meneruskan pengajian dengan sempurna hingga ke peringkat yang lebih tinggi.

 

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

North Korean Weapons Are Killing Ukrainians. The Implications Are Far Bigger

 2024-05-05 10:30:19

Have The Wheels Come Off For Tesla?

 2024-05-04 07:51:07