Home > Bahasa Melayu
Bazar Thailand Sajikan Pelbagai Jenis Juadah
August 26th, 2023 | 07:53 AM | 72 views
BERAKAS
Orang ramai dialu-alukan untuk mengunjungi Bazar Thailand keenam yang berlangsung selama empat hari bermula hari ini hingga 28 Ogos, di Atrium, Lantai 1, Pusat Membeli Belah Onecity.
Lebih 50 vendor dan pembekal produk dari Thailand menyertai bazar tersebut yang mempamerkan pelbagai jualan termasuk makanan, pencuci mulut, snek, minuman, pakaian, barang kemas, kraf, dan produk spa merangkumi minyak 'essential', 'room diffuser' dan lilin pewangi.
Selain itu, orang ramai juga berpeluang menyaksikan demonstrasi masakan tradisi Thailand, serta seni ukiran buah dan sayur yang dihasilkan oleh cef-cef dari Kedutaan Diraja Thailand di Negara Brunei Darussalam, di samping menggunakan 'photo booth' yang disediakan di bazar berkenaan.
Pelancaran bazar tersebut dirasmikan petang tadi oleh Duta Besar Istimewa dan Mutlak Thailand ke Negara Brunei Darussalam, Puan Yang Terutama Boosara Kanchanalai.
Ia dianjurkan Kedutaan Diraja Thailand di Negara Brunei Darussalam dengan kerjasama Jabatan Promosi Perdagangan Antarabangsa di Kuala Lumpur, Pihak Berkuasa Pelancongan Thailand, Pejabat Kuala Lumpur; Pejabat Atase Pertahanan, Bandar Seri Begawan (BSB) dan Office of Labour Affairs, BSB.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]