FacebookInstagramTwitterContact

 

How To Watch Boeing's 1st Starliner Astronaut Launch On May 6 Live Online           >>           Jack Dorsey Says (On X) That He’s Not On The Bluesky Board Anymore           >>           Al Jazeera Office Raided As Israel Takes Channel Off Air           >>           Bushmills: Man Nailed To Fence In 'Sinister Attack'           >>           US Campus Protests: 'Student Arrests Will Be My Final College Memory'           >>           Is Zimbabwe Zigzagging Into Further Currency Chaos?           >>           Improve Standard of Living           >>           Brunei International Wushu Championship           >>           Educational Intervention Programme Briefing           >>           Conversion Ceremony           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Perkasa Peranan Wanita Ke Arah Pembangunan Negara


 


 August 26th, 2023  |  07:54 AM  |   70 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Mesyuarat Menteri-menteri Komanwel Mengenai Hal Ehwal Wanita Ke-13 (13th Commonwealth Women's Affairs Ministers Meeting - 13WAMM) telah diadakan di Nassau, Bahamas dari 21 hingga 23 Ogos 2023.

 

Hadir ke mesyuarat tersebut ialah Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Nazmi bin Haji Mohamad.

 

Mesyuarat dipengerusikan oleh Menteri Perkhidmatan Sosial dan Pembangunan Bandar, Bahamas, The Honourable Obediah H. Wilchcombe MP, dan hadir sama, Setiausaha Agung Komanwel, The Right Honourable Patricia Scotland.

 

Pada Mesyuarat tersebut, para menteri mengalu-alukan Mesyuarat Ketua-ketua Kerajaan Komanwel 2022, yang bersetuju dengan Deklarasi Komanwel mengenai Kesaksamaan Gender dan Pemerkasaan Wanita yang dikemukakan oleh Mesyuarat Menteri-menteri Hal Ehwal Wanita Ke-12 yang diadakan pada 2019.

 

Menteri-menteri menyemak kemajuan kesaksamaan gender dan pemerkasaan wanita dalam Komanwel dan menyokong pendekatan yang dinyatakan dalam Pelan Hala Tuju untuk menyokong Deklarasi Komanwel mengenai Kesaksamaan Gender dan Pemerkasaan Wanita 2022-2030.

 

Semasa mesyuarat tersebut, Menteri-menteri Komanwel memberikan sokongan penuh kepada Bahamas dengan tema 'Equality towards a Common Future' yang mengetengahkan beberapa segmen utama termasuk Kesaksamaan Gender dan Perubahan Iklim, Kesaksamaan dan Ketidakupayaan Gender, Wanita dalam Kepimpinan, Pemerkasaan Ekonomi Wanita dan Menamatkan Keganasan Terhadap Wanita dan Gadis.

 

Antara lain, Yang Berhormat turut mengongsikan peranan penting wanita dalam pembangunan Negara Brunei Darussalam (NBD), menyumbang secara terbuka, aktif dan sama rata kepada masyarakat.

 

Yang Berhormat menyatakan bahawa NBD juga baru-baru ini telah menyempurnakan satu tahun penyelidikan mengenai Pembangunan Wanita, yang dijalankan dengan beberapa objektif utama.

 

Ini termasuk melengkapkan pengumpulan data kebangsaan, mengenal pasti cabaran semasa dan lazim serta peluang untuk wanita di NBD dan untuk memajukan pembangunan mereka dan untuk menyokong penggubalan Pelan Tindakan Kebangsaan Wanita di bawah Majlis Kebangsaan Isu Sosial (MKIS), melalui dasar dan program ke arah ekuiti yang lebih besar untuk wanita di NBD.

 

Yang Berhormat juga menjelaskan bahawa penyelidikan ini diharap dapat mengenal pasti isu-isu utama yang boleh menjejaskan dan menghalang pembangunan wanita di NBD, terutamanya dalam mata pencarian dan keseimbangan kerja-kehidupan mereka, yang penting ke arah memastikan institusi keluarga yang kukuh.

 

 

Dari segi inisiatif NBD mengenai Kesaksamaan Gender dan Perubahan Iklim, Yang Berhormat berkongsi bahawa tindak balas terhadap perubahan iklim haruslah bersepadu dan holistik, dan bagi NBD, terdapat penyertaan aktif dan kepimpinan perjuangan wanita dalam tindakan iklim di peringkat kebangsaan, sama ada dalam dasar iklim, mitigasi iklim, penyesuaian iklim dan perlindungan alam sekitar, serta aktiviti kesedaran alam sekitar.

 

Turut mengiringi Yang Berhormat ialah Setiausaha Tetap (Kemasyarakatan), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS), Dayang Hajah Nor Ashikin binti Haji Johari; dan pegawai-pegawai KKBS NBD.

 

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

North Korean Weapons Are Killing Ukrainians. The Implications Are Far Bigger

 2024-05-05 10:30:19

Have The Wheels Come Off For Tesla?

 2024-05-04 07:51:07