FacebookInstagramTwitterContact

 

Atletico Madrid Earn Narrow Win At Mallorca, Close In On UCL Spot           >>           Tim Howard Inducted Into U.S. National Soccer Hall Of Fame           >>           Unstoppable Haaland Nets Four As Man City Rout Wolves           >>           Dortmund Crush Augsburg 5-1 Ahead Of Champions League Semi-Final           >>           Ed Sheeran Hails Unlikely Ipswich Promotion From Miami GP           >>           Inside A 'Peaceful And Proud' Gaza Protest Camp At A UK University           >>           European Election: German Chancellor Scholz Condemns Attack On Matthias Ecke           >>           US Campus Protests: 'Student Arrests Will Be My Final College Memory'           >>           Ghanaians Party Big Time With Medikal At London O2 Concert           >>           North Korean Weapons Are Killing Ukrainians. The Implications Are Far Bigger           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Komited Tangani Pencemaran Jerebu Rentas Sempadan


 


 August 26th, 2023  |  07:56 AM  |   90 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Pada Mesyuarat Ke-17 Menteri-Menteri Alam Sekitar ASEAN (AMME) dan Mesyuarat Ke-18 Conference of the Parties (COP) kepada Perjanjian ASEAN mengenai Pencemaran Jerebu Rentas Sempadan yang diadakan pada 23 - 24 Ogos 2023 di Vientiane, Lao PDR baru-baru ini, telah mengesahkan komitmen terhadap pelaksanaan penuh dan berkesan akan Perjanjian ASEAN mengenai Pencemaran Jerebu Rentas Sempadan (AATHP) dan memberi penghargaan terhadap kejayaan memuktamadkan Perjanjian Penubuhan Pusat Penyelaras ASEAN bagi Kawalan Pencemaran Jerebu Merentasi Sempadan (ACC THPC) yang ditempatkan di Indonesia.

 

Sehubungan itu, Majlis Penyerahan Perjanjian Penubuhan ACC THPC yang telah ditandatangani diadakan selepas Majlis Penyerahan Perjanjian Penubuhan E.A. ACCC.

 

Majlis Penyerahan diakhiri dengan penyerahan rasmi EA ACC THPC yang telah ditandatangani dari Menteri Lingkungan Hidup dan Perhutanan, Yang Berhormat Prof. Siti Nurbaya, sebagai negara tuan rumah ACC THPC, kepada Timbalan Ketua Setiausaha Komuniti Sosio-Budaya ASEAN, His Excellency Ekkaphab Phanthavong.

 

Mesyuarat juga menghargai sumbangan Sekretariat ASEAN dalam melaksanakan fungsi sebagai 'Interim ACC THPC' dan menantikan operasi penuh pusat yang akan memudahkan pelaksanaan lebih pantas dan berkesan dalam semua aspek AATHP untuk menangani pencemaran jerebu rentas sempadan di rantau ASEAN.

 

Di samping itu, mesyuarat turut memberi penghargaan kepada Jawatankuasa di bawah Persidangan Pihak Perjanjian ASEAN mengenai Pencemaran Jerebu Merentasi Sempadan (COM) dan mengalu-alukan penggunaan Pelan Hala Tuju Kedua Kerjasama ASEAN ke arah Kawalan Pencemaran Jerebu Merentasi Sempadan dengan Cara Pelaksanaan (Pelan Hala Tuju Tanpa Jerebu) 2023 -2030 dan Strategi Pengurusan Tanah Gambut ASEAN Kedua (APMS) 2023-2030 untuk mengukuhkan lagi, mempergiatkan dan menangani secara menyeluruh punca pencemaran jerebu rentas sempadan.

 

Mesyuarat seterusnya mengesahkan Rangka Kerja Pelaburan ASEAN untuk Pengurusan Tanah Mampan Tanpa Jerebu untuk meningkatkan perkongsian pelbagai pihak berkepentingan dan mendapatkan sumber di peringkat tempatan, kebangsaan dan serantau untuk menggalakkan pengurusan tanah yang mampan dan menangani isu jerebu rentas sempadan dengan berkesan.

 

Selain itu, mesyuarat juga turut menyuarakan kebimbangan yang mendalam mengenai keadaan jerebu merentas sempadan dan tahap Indeks Kualiti Udara 'Sangat Tidak Sihat' di sub-rantau utara ASEAN awal tahun ini dan seterusnya membincangkan potensi musim kemarau yang berpanjangan tahun ini bagi sub-selatan ASEAN di mana sebahagiannya disebabkan oleh terjadinya semula El Niño.

 

Daripada itu, mesyuarat mengambil maklum akan kesan perubahan iklim, seperti kemarau yang lebih kerap dan kejadian cuaca ekstrem lain yang boleh meningkatkan risiko aktiviti titik panas tinggi dan kejadian jerebu asap rentas sempadan sejak 2019, dan menekankan akan kepentingan perlunya mengambil tindakan tegas untuk meningkatkan kewaspadaan, pencegahan langkah-langkah, dan prosedur pemadaman kebakaran segera untuk mengurangkan kebakaran tanah dan hutan dan untuk meminimumkan kejadian jerebu rentas sempadan semasa tempoh cuaca kering.

 

Mesyuarat juga mengambil maklum penilaian Pusat Meteorologi Khas ASEAN (ASMC) mengenai sub-rantau Mekong yang terjejas oleh aktiviti titik panas tinggi dan jerebu asap semasa musim kemarau berlaku antara bulan Disember 2022 dan Mei 2023.

 

Keadaan kemarau didapati bertambah teruk pada Mac dan April 2023 dan Amaran Tahap 3 telah dikeluarkan untuk sub-rantau pada 2 Mac 2023, yang mana jerebu merentas sempadan menjejaskan banyak bahagian sub-rantau didapati meluas.

 

Kiraan keseluruhan titik panas berlaku di sub-rantau tersebut adalah sekitar 57 peratus (%) lebih tinggi pada 2023 berbanding 2022 antara Januari dan Ogos, di mana Amaran Tahap 1 untuk wilayah selatan ASEAN telah dikeluarkan pada 29 Mei 2023 dan Amaran Tahap 2 telah mula diaktifkan pada 28 Julai 2023.

 

Sementara itu, kiraan keseluruhan titik panas berlaku bagi rantau ini adalah sekitar 114% lebih tinggi pada 2023 berbanding 2022 antara Januari dan Ogos.

 

Mesyuarat mengambil maklum bahawa keadaan El Niño pada masa ini diramalkan terus berlaku sekurang-kurangnya sehingga akhir tahun. Dipole Lautan Hindi (IOD) positif juga diramalkan akan berkembang mulai Ogos 2023.

 

Musim kemarau bagi wilayah selatan ASEAN boleh menjadi lebih berpanjangan berbanding tiga tahun lalu dengan berlakunya La Niña dan risiko aktiviti titik panas tinggi dan kejadian jerebu asap rentas sempadan tahun ini dijangka yang tertinggi sejak 2019.

 

Bagi sub-rantau Mekong, kawasan panas dan aktiviti jerebu asap mungkin mula meningkat menjelang akhir tahun, terutamanya jika keadaan El Niño berterusan dalam beberapa bulan akan datang.

 

Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Muhammad Juanda bin Haji Abdul Rashid turut mengongsikan bahawa kualiti udara Negara Brunei Darussalam (NBD) sedikit terjejas oleh pencemaran jerebu rentas sempadan yang berlaku pada minggu keempat bulan Julai disebabkan oleh jerebu asap dari aktiviti titik panas di negara jiran yang membawa kepada perubahan kualiti udara di negara ini.

 

Bacaan Pollutant Standard Indeks (PSI) yang direkodkan dari semua stesen pemantauan kualiti udara meningkat lebih tinggi daripada biasa, dengan PSI 50 yang tertinggi. Hujan lebat sekali-sekala telah membantu mengurangkan dan menghalang keadaan berjerebu daripada berterusan di negara ini.

 

Bagaimanapun dengan potensi cuaca panas dan kering El Niño yang dijangka berkembang dalam beberapa bulan akan datang tahun ini, beliau menggesa semua AMS untuk terus bekerjasama rapat, bersatu dalam tanggungjawab bersama, menangani isu pencemaran jerebu rentas sempadan dan melindungi alam sekitar di rantau ini.

 

Mesyuarat juga mengambil maklum tentang maklumat baru satelit dan aplikasi yang digunakan untuk pemantauan kebakaran dan jerebu, dan bengkel fizikal di bawah program pembinaan keupayaan ASMC yang disambung semula pada 2023, termasuk perlaksanaan pertama program baharu.

 

Juga diambil maklum bahawa Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) telah menambahbaikkan 'Southeast Asia Fire Danger Rating System (SEA FDRS)' termasuklah peningkatan bilangan stesen cuaca, melaksanakan kod bahaya kebakaran baharu untuk sub-rantau ASEAN Utara, dan simulasi ramalan tujuh hari.

 

Mesyuarat tersebut turut menyokong inisiatif MET Malaysia dan akan meneruskan kerjasama dan menggalakkan penggunaan penambahbaikan SEA FDRS.

 

Selain itu, mesyuarat juga mengambil maklum laporan-laporan 'Sub-Regional Ministerial Steering Committee on Transboundary Haze Pollution (MSC)' dan 'the Sub-Regional Ministerial Steering Committee on Transboundary Haze Pollution in the Mekong Sub-Region (MSC Mekong)' dalam mengesahkan komitmen mereka untuk menangani isu khusus berkaitan jerebu yang berlaku di kawasan masing-masing.

 

Mesyuarat-mesyuarat tersebut mengucapkan tahniah kepada kejayaan MSC Ke-24 di Singapura dan berharap persidangan awal MSC Mekong Ke-12 di Viet Nam sebagai persediaan menghadapi musim kemarau yang akan datang.

 

Dalam pada itu, mesyuarat juga telah bertemu Rakan-rakan Dialog dari negara-negara 'Plus Three' (China, Jepun, dan Republik Korea), Jepun, dan Amerika Syarikat pada Mesyuarat Menteri Alam Sekitar ASEAN Plus Three, Dialog Kerjasama ASEAN-Jepun Peringkat Menteri Alam Sekitar, dan Dialog ASEAN- A.S. Peringkat Menteri Alam Sekitar dan Iklim masing-masing, untuk merebiu aktiviti-aktiviti semasa dan membincangkan kerjasama strategik masa depan yang antara lain, isu-isu kepelbagaian biologi, perubahan iklim, pendidikan alam sekitar, sains dan teknologi alam sekitar, bandar lestari alam sekitar, dan serpihan plastik marin

 

Turut dialu-alukan pada mesyuarat tersebut ialah Inisiatif Kerjasama ASEAN-Jepun: Program Strategik bagi Iklim dan Alam Sekitar ASEAN (SPACE), pengendalian Minggu Alam Sekitar ASEAN-Jepun, dan Pelancaran Inisiatif SPACE, sempena Ulang Tahun Ke-50 Hubungan Rakan Dialog ASEAN-Jepun.

 

Mesyuarat juga mengalu-alukan Rancangan Kerja Alam Sekitar dan Iklim ASEAN-A.S. untuk membimbing kerjasama antara ASEAN dan A.S. dalam meningkatkan hasrat iklim dan mitigasi dan penyesuaian serantau, menggalakkan inovasi untuk masa depan mengenai rendah karbon, mengaktifkan kewangan iklim, dan menyokong perlindungan alam sekitar dan pemuliharaan kepelbagaian biologi.

 

Selain itu, mesyuarat juga bersetuju untuk bertemu lagi di Thailand pada tahun 2024 untuk Mesyuarat Ke-19 Conference of the Parties (COP) kepada Perjanjian ASEAN mengenai Pencemaran Jerebu Rentas Sempadan, dan di Malaysia pada tahun 2025 bagi Mesyuarat Ke-18 AMME dan Mesyuarat Ke-20 COP kepada Perjanjian ASEAN mengenai Pencemaran Jerebu Rentas Sempadan.

 

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

North Korean Weapons Are Killing Ukrainians. The Implications Are Far Bigger

 2024-05-05 10:30:19

Have The Wheels Come Off For Tesla?

 2024-05-04 07:51:07