FacebookInstagramTwitterContact

 

Media Statement on the Issue of Replacing Pre-Paid Meter to USMS           >>           Fire and Rescue Department Events           >>           Khatam Al-Qur'an Ceremony           >>           Azan Subuh Competition           >>           Songdai Beraya with New Converts Ceremony           >>           Ramah Mesra Aidilfitri Ceremony           >>           Opening of Self-Identity Programme           >>           Kesyukuran Ceremony           >>           64th Fire and Rescue Department Celebration Parade           >>           Certificate Presentation for Executive Development Programme           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Perkukuh Kerjasama Serantau, Majukan Tindakan Iklim


 


 August 26th, 2023  |  07:58 AM  |   81 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Mesyuarat Ke-17 Menteri-Menteri Alam Sekitar ASEAN (AMME) dan Mesyuarat Ke-18 Conference of the Parties (COP) kepada Perjanjian ASEAN mengenai Pencemaran Jerebu Rentas Sempadan telah diadakan pada 23 - 24 Ogos 2023 di Vientiane, Lao PDR.

 

Mesyuarat-mesyuarat tersebut mengambil maklum mengenai pencapaian dan kemajuan usaha kerjasama serantau dalam menangani isu-isu alam sekitar.

 

Negara Brunei Darussalam (NBD) telah diwakili oleh Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Muhammad Juanda bin Haji Abdul Rashid; Pemangku Setiausaha Tetap (Perancangan, Guna Tanah dan Alam Sekitar), Kementerian Pembangunan, Dayang Aldila binti Haji Mohammad Salleh; pegawai-pegawai kanan dari Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi, Kementerian Pembangunan dan dari Sekretariat Perubahan Iklim Negara Brunei Darussalam, Jabatan Perdana Menteri.

 

Mesyuarat menghargai keutamaan-keutamaan semasa Indonesia mempengerusikan Mesyuarat ASEAN 2023, dalam memupuk kerjasama serantau dalam memajukan tindakan iklim, menggalakkan pemuliharaan biodiversiti, memerangi pencemaran plastik marin dan merealisasikan bandar yang berdaya tahan.

 

Selain itu, mesyuarat juga meluluskan ASEAN Joint Statement on Climate Change to 28th Session of the Conference of the Parties to the United Nations Framework on Climate Change (UNFCCC COP28) untuk pertimbangan Sidang Kemuncak ASEAN Ke-43.

 

Mesyuarat turut menyampaikan penghargaan terhadap inisiatif Indonesia mengenai Tindakan Iklim Berasaskan Komuniti ASEAN untuk berkongsi pengalaman, membina kapasiti, menggalakkan amalan terbaik, dan meningkatkan penyertaan pelbagai pihak dalam melaksanakan tindakan iklim berasaskan komuniti di negara-negara ASEAN.

 

Di dalam kenyataan Yang Berhormat Menteri Pembangunan, telah mengongsikan mengenai inisiatif-inisiatif NBD untuk mencapai alam sekitar yang berdaya tahan yang menyokong wawasan kebangsaan Wawasan Brunei 2035 dan Agenda 2030 bagi Pembangunan Mampan, yang merangkumi Voluntary National Review bagi Brunei Darussalam 2023 (VNR 2023) yang telah dilaporkan semasa Forum Politik Peringkat Tinggi mengenai Pembangunan Mampan (HLPF) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang diadakan pada bulan Julai 2023.

 

Menurut Yang Berhormat, pelaksanaan kenaikan cukai duti eksais bagi pengimportan produk-produk plastik, kempen pembersihan serpihan laut - Wira Pantai (Coastal Marvel) bertujuan untuk memupuk masyarakat yang bertanggungjawab ke arah melindungi dan memelihara alam sekitar melalui kaedah pelupusan sisa yang betul.

 

Inisiatif-inisiatif perubahan iklim antara lainnya Arahan Pelaporan Mandatori (Mandatory Reporting Directive) yang baru dilancarkan sebagai sebahagian daripada komitmen NBD untuk memenuhi kewajipan di bawah UNFCCC dan Perjanjian Paris, penubuhan Pusat Perubahan Iklim ASEAN di NBD serta pemuliharaan kepelbagaian biologi yang menyokong program mitigasi perubahan iklim melalui penanaman pokok di mana setakat bulan Jun 2023, empat puluh dua ribu, sembilan ratus dua puluh lapan (42,928) pokok telah berhasil ditanam di seluruh negara.

 

Mesyuarat menyambut baik pemuktamadan Perjanjian Penubuhan Pusat Perubahan Iklim ASEAN (ACCC) yang akan ditubuhkan di NBD, yang bertujuan untuk memudahkan kerjasama dan penyelarasan serantau mengenai inisiatif perubahan iklim di kalangan Negara-negara ASEAN dengan agensi-agensi kerajaan yang berkaitan, organisasi serantau dan antarabangsa; dan menyediakan cadangan dasar untuk menangani perubahan iklim kepada Negara-negara Anggota ASEAN.

 

Mesyuarat juga menantikan pengoperasian Pusat Perubahan Iklim ASEAN berkenaan, di mana Majlis Penyerahan Perjanjian Penubuhan Pusat Penubuhan yang ditandatangani merupakan pencapaian yang penting dalam penubuhan ACCC dan mencerminkan usaha kolektif Negara Anggota ASEAN menangani perubahan iklim.

 

Dengan penandatanganan perjanjian tersebut, Negara-Negara Anggota ASEAN akan memulakan prosedur domestik masing-masing untuk menghadapkan Instrumen Ratifikasi (Instrument of Ratification) kepada ASEAN Sekretariat, bagi memulakan operasi ACCC tersebut.

 

Majlis tersebut diakhiri dengan penyerahan rasmi Perjanjian Penubuhan dari Yang Berhormat Menteri Pembangunan sebagai negara tuan rumah ACCC, kepada Timbalan Ketua Setiausaha Komuniti Sosio-Budaya ASEAN, Ekkaphab Phanthavong.

 

Di samping itu, mesyuarat juga menantikan pelaksanaan 'Horizontal Learning for ASEAN Sustainable Cities' oleh Indonesia, yang akan menyediakan platform bagi Negara-negara ASEAN untuk berkongsi pengalaman dan pengajaran yang dipelajari dalam pembangunan bandar yang berdaya tahan, meningkatkan pengetahuan dan pemahaman yang lebih baik mengenai Matlamat Pembangunan Mampan (SDGs) terutamanya mengenai topik-topik pengurusan sisa dan pembangunan bandar, dan membina potensi rangkaian dan kerjasama antara penggubal dasar, sektor swasta dan masyarakat sivil dalam memulakan bandar yang berdaya tahan di ASEAN.

 

Dalam pada itu, mesyuarat turut mengucapkan tahniah kepada para penerima Anugerah ke-4 'ASEAN Eco-schools' dan Anugerah ke-2 'ASEAN Youth Eco-champions, dengan memberikan penghargaan kepada pencapaian penerima-penerima anugerah dan menggalakkan sekolah dan warganegara lain untuk belajar daripada amalan terbaik mereka dan mengamalkan amalan alam sekitar yang lebih mampan.

 

Bagi NBD, Anugerah ke-4 'ASEAN Eco-Schools' diberikan kepada Sekolah Rendah Pengiran Setia Negara Pengiran Mohammad Yusof bagi Kategori Sekolah Rendah dan Maktab Sains Paduka Seri Begawan Sultan bagi Kategori Sekolah Menengah.

 

Bagi Anugerah ke-2 'ASEAN Youth EcoChampions' disampaikan kepada Dayang Shaima binti Haji Misli (Ketua Negara Hab bagi Sustainable Ocean Alliance (SOA) Brunei) bagi Kategori 'Junior' dan Dayang Noor Hafizah binti Rashid (Pengasas Big BWN Project) bagi Kategori 'Senior'.

 

Melalui mesyuarat itu juga mengambil maklum akan paras serpihan laut yang tinggi dan semakin meningkat, dan mengesahkan komitmen untuk melaksanakan Pelan Tindakan Serantau ASEAN untuk Memerangi Serpihan Laut di Negara-negara Anggota ASEAN.

 

Seterusnya mesyuarat menyampaikan penghargaan atas kemajuan pelaksanaan projek dan inisiatif berkaitan serpihan laut, termasuk kejayaan mengadakan ASEAN-Indo Pacific Workshop on Marine Plastic Debris dan ASEAN Conference on Combating Plastic Pollution yang akan dianjurkan oleh Indonesia.

 

Mesyuarat juga sukacita mengongsikan mengenai penerbitan Laporan ASEAN State of Environment yang Ke-6 (SOER6), yang menyediakan maklumat yang relevan dan berguna perihal keadaan dan trend alam sekitar di rantau ini serta memaklumkan keputusan pengurusan alam sekitar yang akan menyumbang kepada usaha pembangunan berdaya tahan ASEAN.

 

Di samping itu, mesyuarat turut mengambil maklum mengenai dialog berterusan antara ASEAN dan Rakan Kongsi mengenai alam sekitar, perubahan iklim dan isu-isu alam sekitar merentasi sektor semasa Dialog ASEAN-Jepun mengenai Kerjasama Alam Sekitar, Dialog ASEAN-ROK mengenai Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Dialog ASEANEU Peringkat Tinggi mengenai Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Dialog Peringkat Tinggi ASEAN-A.S. mengenai Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, dan Mesyuarat Pegawai Kanan ASEAN+3 mengenai Alam Sekitar, yang diadakan pada 2-3 Ogos 2023 yang diadakan di Bogor, Indonesia.

 

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Myanmar Stops Men From Working Abroad As War Intensifies

 2024-05-04 00:38:42

Have The Wheels Come Off For Tesla?

 2024-05-04 07:51:07