FacebookInstagramTwitterContact

 

Media Statement on the Issue of Replacing Pre-Paid Meter to USMS           >>           Fire and Rescue Department Events           >>           Khatam Al-Qur'an Ceremony           >>           Azan Subuh Competition           >>           Songdai Beraya with New Converts Ceremony           >>           Ramah Mesra Aidilfitri Ceremony           >>           Opening of Self-Identity Programme           >>           Kesyukuran Ceremony           >>           64th Fire and Rescue Department Celebration Parade           >>           Certificate Presentation for Executive Development Programme           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Memantapkan Ketersediaan Tindak Balas Terhadap Kecemasan Kesihatan


 


 August 26th, 2023  |  08:00 AM  |   167 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Menteri-menteri Kesihatan ASEAN telah bersidang dalam Mesyuarat Peringkat Tinggi mengenai Membina Masa Depan Yang Mampan dan Berdaya Tahan Di Rantau ASEAN : Tindak Balas Kecemasan Jangka Masa Panjang Ke Atas Pengurusan COVID-19 yang berlangsung pada 24 dan 25 Ogos 2023 di Jakarta, Republik Indonesia.

 

Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar menghadiri mesyuarat berkenaan secara dalam talian.

 

Mesyuarat tersebut diadakan bertujuan untuk mengukuhkan kapasiti rantau ASEAN dan negara-negara ahli terutamanya dari segi ketersediaan, tindak balas dan daya tahan terhadap kecemasan kesihatan, selepas Pertubuhan Kesihatan Sedunia (World Health Organization, WHO) mengisytiharkan COVID-19 tidak lagi merupakan Public Health Emergency of International Concern (PHEIC) pada bulan Mei yang lalu.

 

Mesyuarat turut memberi fokus dan menekankan kepentingan ke atas mengambil pengajaran dari pengalaman negara-negara ASEAN dalam memberikan tindak balas kecemasan bagi jangka masa panjang ke atas pengurusan COVID-19; mengukuhkan usaha ke arah pengawasan penyakit berjangkit di rantau ini, melalui inisiatif kerjasama dua hala dan pelbagai hala, serta dengan rakan kongsi pembangunan dan entiti serantau dan global ke arah mengukuhkan rangka kerja kesihatan serantau dalam era kecemasan pasca COVID-19; memberikan input kepada Pemimpin ASEAN untuk memudahkan tindak balas terhadap situasi kesihatan global semasa.

 

Turut hadir di mesyuarat berkenaan ialah Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap (Dasar dan Pengurusan), Kementerian Kesihatan, Dr. Hajah Anie Haryani binti Haji Abdul Rahman dan pegawai-pegawai kanan Kementerian Kesihatan.

 

Sebelumnya, mesyuarat ini telah didahului oleh Mesyuarat Bersama Menteri-menteri Kewangan dan Kesihatan ASEAN (ASEAN Finance and Health Minister Meeting) pada 24 Ogos 2023 yang telah dihadiri secara fizikal oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mohd. Amin Liew bin Abdullah, dan dihadiri secara dalam talian oleh Yang Berhormat Menteri Kesihatan, serta turut disertai oleh pegawai-pegawai kanan dari kedua-dua kementerian.

 

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Myanmar Stops Men From Working Abroad As War Intensifies

 2024-05-04 00:38:42

Have The Wheels Come Off For Tesla?

 2024-05-04 07:51:07