FacebookInstagramTwitterContact

 

Reginald The Cat Has A Filthy Habit For Stealing Underwear From Strangers           >>           Travis Kelce Makes Surprise Appearance At Pre-2024 Kentucky Derby Party           >>           Anna Nicole Smith's Daughter Dannielynn Birkhead, 17, Debuts New Look At Kentucky Derby           >>           Turmeric Extract Combats The Joint-Damaging Effects Of Arthritis           >>           Cranberries Prevent Cancer And Many Other Chronic Diseases           >>           Boeing Starliner Rolls Out To Launch Pad For 1st Astronaut Flight On May 6 (Photos)           >>           Parrots in captivity seem to enjoy video-chatting with their friends on Messenger           >>           Google prohibits ads promoting websites and apps that generate deepfake porn           >>           Threads Now Lets You Control Who Can Quote Your Posts           >>           Atletico Madrid Earn Narrow Win At Mallorca, Close In On UCL Spot           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Tingkat Pembangunan Tenaga Lestari Melalui Kesalinghubungan


 


 August 26th, 2023  |  08:03 AM  |   206 views

INDONESIA

 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Menteri Pertahanan II, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof telah menghadiri Mesyuarat Menteri-menteri Tenaga ASEAN dan Mesyuarat-mesyuarat Yang Berkaitan Dengannya (AMEM) Ke-41 yang diadakan di Bali Nusa Dua Convention Centre, Bali, Republik Indonesia bermula 24 hingga 26 Ogos 2023.

 

Yang Berhormat Menteri di JPM dan Menteri Pertahanan II diiringi oleh Pemangku Setiausaha Tetap (Tenaga), Pengiran Haji Jamra Weira bin Pengiran Haji Petra selaku Ketua Pegawai-pegawai Kanan Tenaga ASEAN bagi Negara Brunei Darussalam (NBD) dan pegawai-pegawai dari Jabatan Tenaga di JPM.

 

Mesyuarat AMEM Ke-41 telah dibuka rasmi dan dipengerusikan oleh Menteri Energi dan Sumber Daya Mineral, Republik Indonesia, Tuan Yang Terutama Arifin Tasrif. Menteri Tenaga dan Perlombongan, Republik Demokratik Rakyat Lao, Tuan Yang Terutama Phosay Sayasone, Pengerusi Mesyuarat AMEM akan datang juga mempengerusikan sama mesyuarat.

 

Mesyuarat antara lainnya membincangkan perkembangan tujuh bidang program yang dilaksanakan di bawah Pelan Tindakan Kerjasama Tenaga ASEAN Fasa Kedua Tahun 2021-2025, termasuk ASEAN Power Grid, Trans-ASEAN Gas Pipeline, Coal and Clean Coal Technology, Energy Efficiency and Conservation, Renewable Energy, Regional Energy Policy and Planning dan Civilian Nuclear Energy.

 

Dengan tema 'Sustainable Energy Security Through Interconnectivity', Mesyuarat AMEM Ke-41 menggariskan kepentingan pembangunan tenaga lestari melalui kesalinghubungan (interconnectivity) termasuk mempertingkatkan kerjasama antarabangsa bagi memperkembangkan infrastruktur tenaga dan mengiktiraf kesalinghubungan tenaga serta integrasi pasaran dalam ASEAN sebagai pemboleh utama bagi kerjasama tenaga ASEAN ke arah menangani cabaran-cabaran keselamatan tenaga dan mempercepatkan peralihan tenaga serantau yang saksama dan inklusif.

 

Mesyuarat berkenaan juga menyaksikan pengadoptasian Deklarasi Bersama Mesyuarat Menteri-menteri Tenaga ASEAN Ke-41 mengenai Sustainable Energy Security Through Interconnectivity yang akan dijadikan sebagai dasar utama dalam memajukan projek-projek infrastruktur tenaga rentas sempadan di antara Negara-negara Anggota ASEAN, termasuk Projek Multilateral Power Trading di bawah bidang Program ASEAN Power Grid dan meningkatkan kesalinghubungan dan kebolehaksesan bekalan gas dan gas cecair asli (Liquefied Natural Gas) di rantau ini dan Kenyataan Bersama NBD, Indonesia, Malaysia dan Philippines Power Integration Project (BIMP-PIP).

 

Mesyuarat-mesyuarat yang berkaitan dengan Mesyuarat AMEM Ke-41 yang berlangsung pada 24 hingga 26 Ogos 2023 adalah 20th AMEM Plus Three (20th AMEM+3), 17th East Asia Summit Energy Ministerial Meeting (17th EAS EMM), AMEM and The United States (AMEM-US) Exchange dan 7th ASEAN Ministers on Energy Meeting - International Renewable Energy Agency Dialogue (7th AMEM - IRENA Dialogue).

 

Acara lain yang juga telah diadakan adalah 6th East Asia Energy Forum (6th EAEF) dan 2023 ASEAN Energy Business Forum (AEBF).

 

Di pinggir mesyuarat berkenaan, Yang Berhormat Menteri di JPM dan Menteri Pertahanan II juga berkesempatan mengadakan perjumpaan dua hala bersama dengan Ketua-ketua Delegasi yang lain, termasuk Menteri Energi dan Sumber Daya Mineral, Republik Indonesia, TYT Arifin Tasrif dan Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Malaysia, TYT Nik Nazmi bin Nik Ahmad bagi bertukar-tukar pandangan dalam bidang kepentingan bersama.

 

Majlis Makan Malam dijadualkan pada sebelah malam 25 Ogos 2023, di mana delegasi peringkat menteri-menteri juga akan berpeluang lagi untuk bertemu secara dua hala dan rangkaian dan seterusnya akan diikuti dengan 2023 ASEAN Energy Awards bagi pengiktirafan amalan-amalan terbaik berkaitan kecekapan dan penjimatan tenaga, tenaga yang boleh diperbaharui, kecemerlangan dalam pengurusan tenaga, teknologi bersih arang batu dan anugerah belia.

 

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

North Korean Weapons Are Killing Ukrainians. The Implications Are Far Bigger

 2024-05-05 10:30:19

Have The Wheels Come Off For Tesla?

 2024-05-04 07:51:07