FacebookInstagramTwitterContact

 

Eating For Your Eyes: Carrots Deliver Nutrients That Preserve Vision           >>           Diabetic? Eat More Eggs           >>           Protect Your Kids From Pollution-Related Asthma With Vitamin D           >>           Miscellaneous Offences Act 2021           >>           Designs of 'Baju Melayu' Studs           >>           Spectrum Unveil 2024 Exhibition           >>           'People Call Me A Monster For Dyeing My Dog Pink - I Want Him To Match My Outfit'           >>           Number of New Converts Increase           >>           Mum's Horror As Group Text Invite For Daughter's 1st Birthday Party Goes Terribly Wrong           >>           Kid Cudi Engaged To Lola Abecassis Sartore           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Realisasikan Negara Pintar Melalui Kemajuan Teknologi


SETIAUSAHA Tetap, Kementerian Perhubungan, Awang Haji Azhar bin Haji Ahmad ketika berucap pada Majlis Pembukaan Rasmi Forum ICT 2016. |FOTO : PELITA BRUNEI (Azmah Haji Ahad )

 


 November 6th, 2016  |  10:08 AM  |   1736 views

GADONG

 

Sabtu, 5 November. - Kementerian Pembangunan melalui Industri Teknologi Info-Komunikasi Brunei Darussalam (AITI) dan syarikat-syarikat telekomunikasi di negara ini sentiasa berusaha bagi memenuhi keperluan asas dalam merealisasikan sebuah Negara Pintar melalui kemajuan teknologi, pembangunan kapasiti insan, pelaburan dan persekitaran yang kondusif dari segi infrastruktur, dapat diakses dan mampu dimiliki untuk semua.

 

Ini sejajar dengan matlamat wawasan negara bagi mencapai kehidupan berkualiti tinggi untuk semua menjelang tahun 2035.

 

Kemajuan dalam teknologi juga termasuk dalam dasar negara yang telah sedia ada dengan hasrat ke arah pembangunan yang mapan bagi menangani cabaran di Abad Ke-21.

 

Setiausaha Tetap di Kementerian Pembangunan, Awang Haji Azhar bin Haji Ahmad menekan perkara tersebut dalam ucapannya selaku tetamu kehormat pada Forum ICT Telekom Brunei Berhad (Telbru) 2016 di Songket Ballroom, Hotel Antarabangsa Rizqun.

 

051116 AZMAH6 ICT

 

SUASANA ICT Forum 2016 mengenai 'Smart Nation' yang berlangsung di Hotel Antarabangsa Rizqun, Gadong.

 

Beliau percaya, melalui kerjasama berterusan, forum itu akan memberikan satu lagi saluran bagi memastikan pelaksanaan inisiatif-inisiatif yang berkesan.

 

Ia, jelasnya, bagi mencapai matlamat ke arah merapatkan jurang digital serta mencapai sebuah masyarakat yang dinamik dan berpengetahuan dalam semua aspek aktiviti manusia.

 

"Pengetahuan berasaskan masyarakat ini akan menjadi batu loncatan kepada kita untuk menceburi pelbagai perkhidmatan teknologi, memberikan perkhidmatan yang efisien, pertumbuhan sektor-sektor swasta dan memperkukuhkan iklim ekonomi secara keseluruhan bagi pembangunan berterusan," katanya.

 

051116 AZMAH5 ICT

 

SETIAUSAHA Tetap, Kementerian Perhubungan menyaksikan pameran pada Majlis Pembukaan Rasmi Forum ICT 2016.

 

Menurutnya lagi, Kementerian Pembangunan dan AITI akan terus menilai keberkesanan dasar-dasar kawal selia sedia ada, relevan dengan ekosistem ICT yang canggih pada masa ini.

 

Ketua Pegawai Pemasaran Telbru, Lim Ming Soon seterusnya memberi penerangan mengenai infrastruktur Telbru yang membolehkan syarikat tersebut mendukung visi Negara Pintar.

 

Beliau juga menekankan mengenai keperluan untuk bekerjasama lebih sepadu di antara pihak berkepentingan di negara ini bagi merealisasikan inisiatif tersebut.

 

Tema forum tahun ini, iaitu Negara Pintar, dipilih secara khusus bagi meningkatkan kesedaran kepada orang ramai mengenai kemungkinan-kemungkinan yang diberikan oleh Negara Pintar.

 

Ahli-ahli panel terdiri daripada pakar-pakar antarabangsa, peniaga-peniaga, persatuan serta 'blogger' tempatan, pemaju aplikasi, institusi-institusi penyelidikan dan sektor kerajaan.

 

Tahun ini, forum tersebut juga memfokuskan pada tiga topik utama, iaitu Kerajaan, Ekonomi dan Persekitaran serta Orang-orang dan Kehidupan.

 

051116 AZMAH3 ICT

SEBAHAGIAN daripada pegawai dan kakitangan kerajaan serta swasta yang hadir mengikuti forum tersebut.

 

Seramai lebih kurang 350 peserta menghadiri forum berkenaan terdiri daripada entiti korporat, pegawai kerajaan, pemaju ICT serta para pelajar.

 

Forum ICT Telbru tersebut juga diharap akan memberi inspirasi kepada pemimpin-pemimpin muda yang berpotensi agar dapat mengambil peranan dalam merealisasikan matlamat Negara Pintar Brunei.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Marlinawaty Hussin

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Sydney Church Stabbing: Australian Bishop Forgives Alleged Attacker

 2024-04-19 00:07:49

Google Sacks Staff Protesting Over Israeli Contract

 2024-04-19 00:33:16