FacebookInstagramTwitterContact

 

Media Statement on the Issue of Replacing Pre-Paid Meter to USMS           >>           Fire and Rescue Department Events           >>           Khatam Al-Qur'an Ceremony           >>           Azan Subuh Competition           >>           Songdai Beraya with New Converts Ceremony           >>           Ramah Mesra Aidilfitri Ceremony           >>           Opening of Self-Identity Programme           >>           Kesyukuran Ceremony           >>           64th Fire and Rescue Department Celebration Parade           >>           Certificate Presentation for Executive Development Programme           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Memperkasa Teknologi, Memacu Pembangunan Negara


 


 August 27th, 2023  |  10:53 AM  |   106 views

TUNGKU LINK

 

Bagi merangkumi konsep inovasi, Kecerdasan Buatan dan Pembelajaran Mesin yang menekankan peranan graduan dalam mentakrifkan semula dunia di masa depan, Universiti Teknologi Brunei (UTB) berharap dapat merangsangkan bakat Artificial Intelligence (AI) dalam produktiviti, dan meneroka Artificial Intelligence and Machine Learning (AIML) dalam memperbaiki kualiti perkhidmatan, memacu transformasi digital dan juga kerangka strategi 'Innovation Artificial Intelligence and Machine Learning' (iAIML).

 

Sehubungan dengan itu, UTB pagi tadi menganjurkan Pameran Pesta Konvo UTB Ke-8 yang membawa tema 'Innovation Artificial Intelligence and Machine Learning (iAIML) - Redefining Tomorrow' yang mencerminkan hasil lapan projek para graduan dengan memfokuskan teknologi AI dan Pembelajaran Mesin (Machine Learning) yang dibuat sepanjang pengajian tahun akhir pelajar UTB.

 

Dalam satu pendekatan bersama pelajar UTB, Awang Muhammad Yazid bin A. Jamil, pelajar Sarjana Muda Kejuruteraan (Kepujian) dalam Kejuruteraan Elektrikal dan Elektronik menjelaskan antara lain mengenai dengan projek yang diberi nama 'Twelve Degrees of Freedom (12DOF) Hexapod Robot Prototype' .

 

Awang Muhammad Yazid menjelaskan, projek tersebut mengetengahkan perkembangan teknologi dalam bidang robotik merupakan robot berkaki enam yang bertujuan untuk merentas ke tempat permukaan yang mencabar bagi sebuah kenderaan yang bertayar susah untuk direntasi.

 

“Robot ini boleh membantu dalam bidang pertanian, misi pencarian dan penyelamat. Saya berharap dengan adanya hasil projek ini ia dapat menginspirasi generasi muda bangkit untuk berkecimpung dalam bidang robotik sama ada untuk menyambung daripada hasil pendapatan ini atau menghasilkan sesuatu yang baharu bagi mencapai Wawasan Brunei 2023," jelasnya.

 

Sementara Awang Muhammad Harun bin Abdul Khalid, pelajar Sarjana Muda Sains (Kepujian) dalam Reka Bentuk, menghasilkan sebuah bangku pelbagai fungsi diperbuat daripada bahan-bahan terbuang seperti kayu, kain dan kusyen, bertajuk 'A Sustainable and Transformative Bench' dan menjelaskan hasil ciptaannya ini boleh dijadikan sebagai bangku kerja yang mengandungi pengecas tanpa wayar, salur kuasa tersendiri dan ruang penyimpanan.

Beliau berhasrat dengan adanya penyelidikan dan pembangunan produk berkenaan ia dapat digunakan oleh orang awam seperti di sekolah, hospital, lapangan terbang dan sebagainya.

 

Manakala projek yang bertajuk 'Prediction of Grain Size Distribution from Wireline Logs (Machine Learning Aspect)' berperanan dalam mencari saiz bijirin dengan mengekstrak batu dari takungan yang dalam adalah ciptaan Dayang Nurin 'Azma Syaheerah binti Zainal Arifin, pelajar Sarjana Muda Kejuruteraan (Kepujian) dalam Kejuruteraan Petroleum mengambil masa yang lama dan memerlukan kos yang besar.

 

Menurut Dayang Nurin, dengan menggunakan Machine Learning ia boleh mendapatkan keputusan dengan cepat dan mengurangkan kos di mana kaedah terbaharu ini juga boleh mendapatkan ketepatan hasil yang lebih tinggi.

 

“Saya berharap dengan hasil projek saya ini ia dapat membantu dalam sektor minyak dan gas dalam proses mencari ketepatan saiz bijirin dengan cepat dan efisien tanpa menggunakan mesin yang memerlukan kos yang besar," ujar beliau.

 

Manakala, 'Design and Fabrication of the upper Limb Rehabilitation Assisted Robot Prototype', hasil ciptaan Awang Muhmmad Khair Hamizan bin Surzana @ Abdul Khaliq, pelajar Sarjana Muda Kejuruteraan (Kepujian) dalam Kejuruteraan Mekanikal pula menerangkan di mana ciptaan beliau ini bertujuan untuk membantu dalam pemulihan pesakit-pesakit yang lumpuh atau mempunyai kelemahan pada satu sisi badan terutamanya pada lengan.

 

Jelasnya, robot yang diletakkan pada lengan ini boleh membantu bagi meningkatkan proses pemulihan dalam tempoh kurang dari satu tahun, dalam masa yang sama mendapat hasil yang baik.

 

Beliau juga berhasrat robot ciptaan beliau ini akan dapat membantu dalam kemajuan semua sektor terutamanya dalam kesihatan serta berharap ia juga boleh memperbaiki lagi projek ini dari segi keselesaan dan menjadikannya lebih cekap dengan motor yang berspesifikasi tinggi di dalam melaksanakan sistem kawalan seperti menggunakan AI.

 

 

 

 

 

 

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Myanmar Stops Men From Working Abroad As War Intensifies

 2024-05-04 00:38:42

Have The Wheels Come Off For Tesla?

 2024-05-04 07:51:07