FacebookInstagramTwitterContact

 

National Speech Contest           >>           Beta-Alanine Supplementation May Improve Power Output During Leg Exercises           >>           HIDDEN DANGER: Beware Of Arsenic Contamination In Rice           >>           Boysenberries Found To Improve Cholesterol, Help Prevent Heart Disease           >>           Girl Said She Heard ‘Monsters’ In Her Bedroom Wall – It Turned Out To Be Something Much Worse           >>           People Are Going Crazy For This Mayor’s Little Toes           >>           Jersey Shore's Pauly D Shares Rare Update On Life With 10-Year-Old Daughter Amabella           >>           Colleen Hoover's Verity Book Becoming A Movie After It Ends With Us           >>           Asteroid Ryugu Holds Secrets Of Our Solar System's Past, Present And Future           >>           US will require all new cars to have advanced automatic braking systems by 2029           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Tingkat Kesedaran Mengenai Demensia


 


 August 27th, 2023  |  11:39 AM  |   86 views

JERUDONG

 

Sebagai sebahagian daripada inisiatif untuk meningkatkan kesedaran mengenai demensia di Negara Brunei Darussalam (NBD), Kementerian Kesihatan dengan kerjasama Persatuan Demensia Brunei akan terus menjalankan pelbagai kempen dan menggalakkan kumpulan masyarakat untuk menyokong dan membantu dalam mendidik orang ramai tentang kepentingan pengurangan risiko demensia.

 

Sehubungan itu, Pusat Promosi Kesihatan, Kementerian Kesihatan dengan kerjasama Persatuan Demensia Brunei dan Kumpulan IHTIMAM daripada Program Pembangunan Eksekutif Pegawai-pegawai Pengurusan Pertengahan Ke-34 (EDPMMO-34) petang tadi menganjurkan taklimat media, bersempena Bulan Demensia Sedunia 2023 pada September 2023 bertempat di Pusat Promosi Kesihatan, di sini.

 

 Hadir selaku tetamu kehormat pada taklimat media tersebut ialah Timbalan Setiausaha Tetap (Profesional), Kementerian Kesihatan, Dr. Ang Swee Hui, dan hadir sama, Ketua Projek Kumpulan IHTIMAM daripada Program EDPMMO-34, Awang Mohammad Hisham bin Haji Suhailee.

 

 Ketua Pusat Promosi Kesihatan, Dr. Hajah Norhayati binti Haji Md Kassim dalam taklimatnya menjelaskan, Demensia adalah istilah umum yang digunakan untuk membawa maksud gangguan keupayaan untuk mengingat, berfikir, atau membuat keputusan yang mengganggu aktiviti kehidupan seharian.

 

 Dalam erti kata lain katanya, demensia adalah istilah umum untuk kehilangan ingatan, kesukaran bahasa, perjuangan dalam menyelesaikan masalah dan kebolehan berfikir lain yang boleh menjejaskan kehidupan seharian individu.

 

 “Penyakit Alzheimer adalah jenis demensia yang paling biasa. Walaupun demensia kebanyakannya memberi kesan kepada orang dewasa yang lebih tua, namun ia adalah bukan sebahagian daripada penuaan biasa," terangnya.

Beliau turut mengongsikan dapatan daripada laporan The Lancet Commission Report on Dementia in 2019, yang telah mengenal pasti demensia sebagai salah satu masalah kesihatan awam yang paling pesat berkembang, di mana bilangan orang yang hidup dengan demensia di seluruh dunia meningkat lebih dua kali ganda daripada 20.2 juta pada 1990, kepada 43.8 juta pada 2016 (The Lancet, 2019).

 

 Begitu juga, laporan kajian The Lancet Global Burden of Disease study in 2019, menyatakan bahawa NBD mencatatkan 1,574 kes demensia, dengan angka dijangka akan meningkat sebanyak 365 peratus kepada 7,317 menjelang 2050 (Kon, 2022).

 

 Justeru tambahnya, tujuan taklimat media adalah untuk memulakan promosi dan kesedaran tentang kelaziman demensia dalam kalangan orang ramai di NBD melalui pelbagai bahan pendidikan dan platform media seperti poster, kain rentang, iklan radio dan 'podcast' sepanjang bulan September 2023.

 

 Seterusnya, Presiden Demensia Brunei, Dr. Teo Shyh Poh mengongsikan menerusi projek saringan demensia di Brunei yang dilaksanakan tahun lepas telah menyaring hampir 2,000 peserta dalam enam bulan, dan mendapati lebih 1,350 orang yang berumur 50 tahun ke atas memiliki kadar faktor risiko demensia yang tinggi.

 

 Sementara, dua pertiga mempunyai tekanan darah tinggi, separuh mempunyai kolesterol tinggi, satu pertiga mempunyai diabetes mellitus.

 

 Dari segi simptom yang boleh bermakna demensia pula jelasnya, telah mendapati lebih 40 peratus melibatkan perkara salah letak, satu pertiga mengalami kehilangan ingatan atau lupa, satu perempat mengalami kesukaran 'visuospatial' dan satu per lima (1/5) mengalami 'mood' atau perubahan tingkah laku.

Selain itu, berdasarkan ujian ingatan ringkas pendek (MiniCOG), 14.5 peratus kemungkinan mengalami kecacatan kognitif.

 

 “Ini adalah membimbangkan," katanya, walau bagaimanapun berita baiknya ialah kita boleh melakukan sesuatu untuk mengurangkan risiko mengalami demensia.

 

 Menurut beliau, satu kajian di Finland yang dipanggil percubaan FINGER menunjukkan bahawa apabila mereka menawarkan lima campur tangan, iaitu memeriksa dan merawat faktor risiko kardiovaskular; diet sihat; aktiviti fizikal; latihan otak; dan aktiviti sosial, terdapat peningkatan dalam kognisi keseluruhan sebanyak 25 peratus.

 

 “Fungsi memori sebanyak 40 peratus, kelajuan pemprosesan sebanyak 150 peratus, fungsi eksekutif sebanyak 83 peratus dan kekurangan penyakit kronik sebanyak 60 peratus dalam masa dua tahun sahaja. Ini juga bergantung kepada dos, lebih intensif dan lebih banyak kita lakukan, lebih besar faedah yang diperoleh.

 

 “Dianggarkan juga bahawa jika kita menangguhkan permulaan demensia selama lima tahun, kita boleh mengurangkan 'prevalens' sebanyak kira-kira 50 peratus pada tahun 2050. Ini bermakna kita mempunyai peluang untuk mengurangkan risiko mengalami demensia dan menikmati kehidupan yang produktif dan sihat lebih lama," ujarnya.

 

 September ialah bulan untuk meningkatkan kesedaran dan mencabar stigma sekitar demensia di mana kempen tahun ini bertemakan 'Never too early, never too late', memfokuskan kepada faktor risiko dan peranan penting pengurangan risiko dalam menangguhkan, melengahkan atau malah berpotensi mencegah penyakit Alzheimer dan lain-lain bentuk demensia.

 

Kementerian Kesihatan juga akan terus membantu dalam mendidik orang ramai tentang kepentingan pengurangan pencegahan dan kawalan penyakit tidak berjangkit di NBD dan bersama-sama mencapai Wawasan 2035 Kementerian Kesihatan 'Bersama Ke Arah Negara Sihat' (Together Towards a Healthy Nation) dan Wawasan 2035 NBD : Kualiti Hidup Yang Tinggi (High quality of Life).

 Atur cara kemudian diteruskan dengan pengagihan poster dan 'banner' kepada wakil-wakil jemputan dari agensi kerajaan, swasta dan tetamu jemputan lain.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

'Close Enough To See Their Faces': Chased Down By China In South China Sea

 2024-05-02 00:57:36

Tesla Staff Say Firm's Entire Supercharger Team Fired

 2024-05-02 00:12:47