FacebookInstagramTwitterContact

 

Miscellaneous Offences Act 2021           >>           Temporary Road Closure           >>           Temporary Closure of Petrol Stations           >>           Blood Donation Campaign           >>           Study Visit           >>           Discussion Session           >>           Village Head Appointment Certificate Presentation           >>           Presentation of Letters of Appointment and Incentive           >>           Opening Ceremony of School Leaders Convention           >>           Tahlil Ceremony           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Pelancaran Klinik Program Saringan Pendengaran Anak Damit Hospital SSB


 


 August 27th, 2023  |  11:50 AM  |   122 views

BELAIT

 

 Hospital Suri Seri Begawan (SSB) di Daerah Belait kini mempunyai Klinik Program Saringan Pendengaran Anak Damit untuk menyaring pendengaran anak damit yang dilahirkan di hospital berkenaan.

 

Program saringan pendengaran penting bagi menguji pendengaran anak damit yang baharu lahir untuk mengesan dan mengenal pasti masalah pendengaran kekal secara awal, seterusnya diberikan intervensi bagi memastikan mereka dapat menjalani perkembangan pertuturan yang optimum dan kualiti kehidupan yang jauh lebih baik dari segi akademik, sosial dan sebagainya.

 

Hadir selaku tetamu kehormat bagi menyempurnakan majlis pelancaran klinik berkenaan ialah Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar.

 

Terdahulu, ucapan alu-aluan daripada Ketua Jabatan Otorinolaringologi (ORL) Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS), Pengiran Dr. Hajah Siti Rafidah binti Pengiran Haji Idris antara lain mengongsikan, program tersebut bertujuan untuk mengesan sebarang masalah pendengaran kongenital kekal agar anak damit diberi intervensi awal seperti pemasangan alat bantu pendengaran, terapi pertuturan dan bahasa, terapi dari guru masalah pendengaran serta konsultasi dan rawatan dari Pakar Paediatrik dan Pakar ORL.

 

Di Brunei Darussalam, tambahnya, program saringan pendengaran anak damit telah menyaring lebih dari 38,000 anak damit dan telah mengesan 38 anak damit dengan masalah pendengaran kongenital kekal.

 

Program Saringan Pendengaran Anak Damit mula dilaksanakan di Hospital RIPAS pada 9 April 2015 dan dilancarkan secara rasmi pada 2 Mei 2015.

 

Manakala di Hospital SSB, program tersebut telah pun dilaksanakan sejak 17 Julai 2023 di bawah penyeliaan Ketua Perkhidmatan Audiologi, Dayang Nurrul Akmar binti Halem.

Setakat ini, seramai 118 penyaring dari Perkhidmatan Audiologi menjalani latihan terperinci dalam ujian saringan pendengaran anak damit, dan latihan masih diteruskan kerana jumlah tersebut masih belum mencukupi.

 

Secara global, insiden masalah kurang pendengaran jenis sensorineural (kekal) adalah satu hingga tiga setiap 1000 kelahiran anak damit yang sihat. Manakala, dua hingga empat setiap 100 kelahiran anak damit berisiko tinggi iaitu 10 kali ganda dari anak damit sihat.

 

Majlis diteruskan dengan acara memotong reben oleh tetamu kehormat bagi melancarkan klinik berkenaan yang terletak di Aras 2, Blok Perempuan dan Kanak-Kanak Hospital SSB.

 

Antara yang hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Tingkat I Hospital SSB, Awang Mohamad Alikhan bin Haji Yakop, selaku Pengerusi Bersama Majlis; Setiausaha Tetap; Timbalan Setiausaha Tetap; Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap; Ketua Pengarah Perkhidmatan Perubatan dan Kesihatan; Pengarah Perkhidmatan Hospital, dan Penguasa Perubatan Hospital SSB.

 

 

 

 

 

 

 

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

'Close Enough To See Their Faces': Chased Down By China In South China Sea

 2024-05-02 00:57:36

Tesla Staff Say Firm's Entire Supercharger Team Fired

 2024-05-02 00:12:47