FacebookInstagramTwitterContact

 

National Speech Contest           >>           Beta-Alanine Supplementation May Improve Power Output During Leg Exercises           >>           HIDDEN DANGER: Beware Of Arsenic Contamination In Rice           >>           Boysenberries Found To Improve Cholesterol, Help Prevent Heart Disease           >>           Girl Said She Heard ‘Monsters’ In Her Bedroom Wall – It Turned Out To Be Something Much Worse           >>           People Are Going Crazy For This Mayor’s Little Toes           >>           Jersey Shore's Pauly D Shares Rare Update On Life With 10-Year-Old Daughter Amabella           >>           Colleen Hoover's Verity Book Becoming A Movie After It Ends With Us           >>           Asteroid Ryugu Holds Secrets Of Our Solar System's Past, Present And Future           >>           US will require all new cars to have advanced automatic braking systems by 2029           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Pesta Konvo UTB Ke-8 Dirasmikan


 


 August 27th, 2023  |  12:19 PM  |   118 views

TUNGKU LINK

 

Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda (Dr.) Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri, Pro-Canselor Universiti Teknologi Brunei (UTB) berkenan berangkat merasmikan Pesta Konvo UTB Ke-8 2023, hari ini.

 

Keberangkatan tiba Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda (Dr.) Haji Al-Muhtadee Billah di UTB dijunjung oleh Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Datin Seri Setia Dr. Hajah Romaizah binti Haji Md. Salleh selaku Pengerusi Majlis UTB dan Naib Canselor UTB, Datin Paduka Profesor Dr. Dayang Hajah Zohrah binti Haji Sulaiman.

 

 Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat yang dipimpin oleh Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Paduka Seri Utama Dato Paduka Seri Setia Haji Awang Salim bin Haji Besar.

 

 Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota kemudiannya berkenan mengurniakan sabda Perasmian Pesta Konvo UTB Ke-8 2023 yang disusuli dengan laungan takbir dan tayangan multimedia.

 

 Sejurus selepas itu, Duli Yang Teramat Mulia berkenan menyaksikan Pameran Pesta Konvo Ke-8 bertemakan 'i am Artificial Intelligence and Machine Learning (iAIML): Redefining Tomorrow' yang mengambil tempat di Teratak Putih, Fasa Dua, UTB.

 

 Tema tersebut merangkumi konsep inovasi, kecerdasan buatan, dan pembelajaran mesin yang menekankan peranan graduan dalam mentakrifkan dunia di masa hadapan. Kemajuan yang akan mendorong mereka menjadi agen positif dalam bidang masing-masing dalam memajukan penyelidikan dan pembangunan iAIML.

 

 Pameran pesta konvokesyen tahun ini mempamerkan lapan projek yang dilaksanakan oleh pelajar yang akan tamat pengajian di bawah tema iAIML.

Projek-projek tersebut termasuk 'Optimisation Modelling and Metaheuristics' oleh Dayang Hasnanizan binti Haji Mohd Taib, Ijazah Doktor Falsafah, Matematik Gunaan dan Ekonomi; 'Utilising Digital Image Correlation for Strain Measurement of Materials' oleh Awang Sanford Lim Sen Hui, Sarjana Sains (Secara Kerja Kursus) dalam Kejuruteraan Mekanikal; 'Design and Fabrication the Upper Limb Rehabilitation Assisted Robot Prototype' oleh Awang Muhammad Khair Hamizan bin Surzana @ Abdul Khaliq, Sarjana Muda Kejuruteraan (Kepujian) dalam Kejuruteraan Mekanikal; 'Development of a Twelve Degrees of Freedom (12DOF) Hexapod Robot Prototype' oleh Awang Muhammad Yazeed bin A. Jamil, Sarjana Muda Kejuruteraan (Kepujian) dalam Kejuruteraan Elektrikal dan Elektronik (Major Dalam Kuasa Elektrik); 'Prediction of Grain Size Distribution from Wireline Logs' (Machine Learning Aspect) oleh Dayang Nurin 'Azma Syaheerah binti Zainal Arifin, Sarjana Muda Kejuruteraan (Kepujian) dalam Kejuruteraan Petroleum; 'Your Face Has a Gender: A Study on How Artificial Intelligence is Used to Predict the Gender of Southeast Asian People' oleh Awang Mohd Muqri Izzuddin bin Haji Md Jamil, Sarjana Muda Sains (Kepujian) dalam Pengkomputeran dengan Data Analitik; 'Protecting ASEAN's Peatlands: Machine Learning for Modelling Peat Groundwater Level and Peat Fire Occurrences' oleh Awang Fuad bin Haji Hussain, Sarjana Muda Sains (Kepujian) dalam Pengkomputeran dengan Data Analitik; dan 'Benchable: A Sustainable and Transformative Bench' oleh Awang Mohamad Harun bin Abdul Khalid, Sarjana Muda Sains (Kepujian) dalam Reka Bentuk Produk.

 

 DYTM juga berkenan menyaksikan persembahan pelajar-pelajar dari kelab-kelab pelajar universiti yang merangkumi seni mempertahankan diri, tausyeh dan lain-lain lagi yang diadakan di luar bangunan berkenaan.

 

 UTB kini mempunyai 57 kelab kokurikulum yang menggalakkan penglibatan pelajar secara aktif dalam kelab-kelab tersebut dan aktiviti mereka.

 

 Penyertaan ini menawarkan rekreasi dan pembangunan kemahiran penting seperti kerja berpasukan, kepimpinan dan komunikasi.

 

 Pada majlis tersebut, DYTM juga berkenan merasmikan Makmal .ai Shell yang ditaja oleh Shell Deepwater Borneo, sempena menandakan 90 tahun sejarah Shell di Brunei Darussalam pada tahun 2019.

 

 Keberangkatan DYTM di makmal berkenaan dijunjung oleh Pengarah Urusan Brunei Shell Petroleum Company Sdn Bhd. (BSP) dan Shell Country Chair di Negara Brunei Darussalam (NBD), Agnete Johnsgaard-Lewis, dan Timbalan Presiden Brunei, Shell Shareholder Representative and Project Team, Suzanne Coogan.

 

 Pembinaan makmal tersebut dihasrat akan dapat melengkapi generasi masa depan dengan kemahiran penting untuk menavigasi dan membentuk masa depan.

 

 Dengan mempunyai makmal AI di UTB, ia mampu memberi beberapa impak penting termasuk memupuk penyelidikan dan inovasi, pembangunan bakat dan masyarakat dalam bidang-bidang antaranya Pembangunan Ekonomi, Pendidikan, Kedayatahanan, Pertanian, Pengangkutan, Keselamatan Siber, Penjagaan Kesihatan dan Perkhidmatan Sosial.

 

 DYTM juga berkenan menerima pesambah daripada Majlis Perwakilan Pelajar UTB yang bertemakan 'Evolution of Artificial Intelligence' dan seterusnya dijunjung bagi sesi bergambar ramai bersama Ahli-ahli Majlis Perwakilan Pelajar UTB disusuli dengan Majlis Santap.

 

 Sebelum berangkat meninggalkan majlis, DYTM juga berkenan beramah mesra bersama para pelajar UTB.

 

 Beberapa acara telah disusun bersempena dengan Pesta Konvokesyen ke-lapan UTB 2023 termasuk Majlis Khatam Al-Quran, Ecovention, Hari Tanpa Beg, Hari Antarabangsa (Kebudayaan), Hari Pakaian Tradisional, UTBeWell, Unicycle, Bridges of Opportunity, UTBerjaya, dan AI Talk.

 

 Pesta Konvo diadakan setiap tahun bagi meraikan para pelajar yang berjaya menamatkan pengajian dan bakal menerima ijazah dan diploma masing-masing pada Majlis Konvokesyen UTB yang akan diadakan pada Khamis, 14 September 2023 di Dewan Plenary, Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas.

 

 

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

'Close Enough To See Their Faces': Chased Down By China In South China Sea

 2024-05-02 00:57:36

Tesla Staff Say Firm's Entire Supercharger Team Fired

 2024-05-02 00:12:47