FacebookInstagramTwitterContact

 

Ring's new indoor camera lets you pan and tilt for a better view           >>           Chelsea's WSL Title Hopes Dented After 4-3 Loss To Liverpool           >>           Fullkrug Earns Dortmund 1-0 First-Leg Win Over PSG           >>           USMNT's Sergiño Dest To Miss Copa América With Torn ACL           >>           USWNT Legend Carli Lloyd Pregnant With Her First Child           >>           The Dutch-Born Quartet Who Are One Win Away From Reaching The Olympics -- With Indonesia           >>           Miscellaneous Offences Act 2021           >>           Temporary Road Closure           >>           Temporary Closure of Petrol Stations           >>           Blood Donation Campaign           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Majlis Resepsi Sempena Hari Keputeraan


 


 August 27th, 2023  |  12:25 PM  |   124 views

JERUDONG

 

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam berkenan berangkat ke Majlis Resepsi yang disembahkan oleh Ketua-ketua Perwakilan Negara-negara Sahabat Yang Menetap di Negara Brunei Darussalam (NBD) sempena Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan baginda Ke-77, Tahun 2023.

 

Majlis tersebut berlangsung di Royal Berkshire, Royal Brunei Polo and Country Club, di sini.

 

Berangkat sama, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah binti Pengiran Haji Salleh Ab. Rahaman.

 

Juga berangkat, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna binti Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Ambassador-at-Large di Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri.

 

Keberangkatan tiba Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri dijunjung oleh Menteri Hal Ehwal Luar Negeri II, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Erywan bin Pehin Datu Pekerma Jaya Haji Mohd. Yusof; dan Ketua-ketua Perwakilan Negara-negara Sahabat Yang Menetap di negara ini yang diketuai oleh Duta Besar Istimewa dan Mutlak Negara Qatar, Tuan Yang Terutama Jassim Ali Abdullah Al Obaidli, selaku Dean of the Diplomatic Corps.

 

Sejurus keberangkatan, Kebawah Duli Yang Maha Mulia dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri berkenan bergambar ramai bersama Ketua-ketua Perwakilan Negara-negara Sahabat Yang Menetap di negara ini berserta isteri masing-masing.

 

Dalam sembah alu-aluan, Pesuruhjaya Tinggi British ke NBD, Tuan Yang Terutama John Virgoe, selaku wakil Dean of the Diplomatic Corps menyembahkan bahawa komuniti diplomatik berasa gembira kerana dapat meneruskan tradisi dalam menghoskan majlis resepsi berkenaan, yang mana ia juga bagi meraikan hubungan diplomatik yang kukuh dengan NBD.

 

Tuan Yang Terutama, antara lain menyembahkan ucapan tahniah ke hadapan majlis Kebawah DYMM atas pencapaian diplomatik baginda, termasuk penyertaan baginda ke Sidang Kemuncak ASEAN di Phnom Penh dan Labuan Bajo, selain ratifikasi negara ini bagi Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP).

 

Dalam sembah alu-aluannya juga, TYT merakamkan setinggi-tinggi penghargaan ke hadapan majlis Kebawah DYMM atas sokongan padu negara ini terhadap kedaulatan undang-undang antarabangsa bagi prinsip-prinsip Piagam Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) serta Piagam ASEAN; dan atas sumbangan Brunei bagi menangani perubahan iklim dan melindungi biodiversitinya yang unik.

 

TYT dalam mengakhiri sembah alu-aluannya mendoakan Kebawah DYMM berserta kerabat diraja baginda dikurniakan kesihatan, kesejahteraan serta kemakmuran bagi kerajaan dan rakyat baginda.

 

Kebawah DYMM seterusnya berkenan menerima pesambah yang disembahkan oleh TYT Jassim Ali Abdullah Al Obaidli, selaku wakil Ketua-ketua Perwakilan Negara-negara Sahabat Yang Menetap di negara ini, bersempena Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan baginda Ke-77, Tahun 2023.

 

Pesambah berupa pedang yang disalut perak dan dihiasi dengan ukiran buatan tangan dari Negara Qatar.

 

Pedang tersebut hasil buatan tangan oleh pakar yang berkemahiran dan memakan masa selama 120 jam. Pedang itu dan pembuatannya, merupakan sebahagian daripada budaya dan warisan Qatar. Ia dihasilkan menggunakan perak dan gangsa tulen yang terbaik, serta dihias dengan terperinci mengikut piawaian tertinggi.

 

Pada majlis itu, Kebawah DYMM dan Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri bersama paduka-paduka anakanda serta adinda baginda berkenan beramah mesra bersama Ketua-ketua Perwakilan Negara-negara Sahabat Yang Menetap di negara ini.

 

Sebanyak 29 negara mengekalkan misi diplomatik yang menetap di negara ini, bagi sama-sama berusaha membina kerjasama, persahabatan dan hubungan yang saling menguntungkan.

 

Majlis Resepsi tersebut merupakan peluang tahunan bagi Ketua-ketua Perwakilan Negara-negara Sahabat Yang Menetap di NBD untuk bersama-sama menyambut Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan baginda berserta ahli-ahli kerabat diraja yang lain.

 


 

Source:
RTB NEWS

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

'Close Enough To See Their Faces': Chased Down By China In South China Sea

 2024-05-02 00:57:36

Tesla Staff Say Firm's Entire Supercharger Team Fired

 2024-05-02 00:12:47